Mendidik anak-anak adalah tahap yang paling asas.apabila ibubapa mendidik anak anak mereka walaupun dengan ilmu agama yang kuat dan berprinsip, namun jiwa anak-anak juga perlu dititikberatkan.
Bertindak menghukum dan “berlagak” berkuasa, itu bukan didikan yang baik.
Bertindak menghukum dan “berlagak” berkuasa, itu bukan didikan yang baik.
Mendidik anak-anak juga perlukan sikap “berhikmah”. Banyak yang berlqku pada keluarga masa kini, dimana ayah tidak percaya anak, ibu tidak percaya anak… Dan yang berkaitan….
pembaca sekalian, jiwa anak-anak adalah terletak pada kedua orang tuanya. Suasana yang diberikan oleh orang tua terhadap anaknya akan memberi impak “sepanjang hidup” kepada anak mereka.
sedarlah, masa sekarang ini anak-anak lebih boleh “menilai” tentang kelakuan orang tuanya, anak-anak kini boleh menilai yang mana satu seksaan, yang mana satu didikan. Perlulah kita pada masa muda ini beringat ingat akan keadaan ini. Samda kita telah menempuh alam seperti tadi ataupun tidak. Satu hari nanti apabila kita berkahwin, anaka-anak kita yang “menilai” didikan kita.
sesungguhnya kita juga pada masa tua nanti akan segan dengan anak sendiri jika kita sebagai orang tua mereka tidak mendidik dengan baik, berhikmah dan cermat. Jadilah bijak kerana ada kesedaran, bukan menjadi bijak kerana nasihat orang lain kepada kita. Kerana bukan semua nasihat orang itu berguna buat kita.
Kebanyakan ibubapa masa kini membuat kesilapan dengan mengambil bulat-bulat tentang nasihat kawan-kawan mereka. Dan akhirnya membuatkan jiwa anaka-anaka mereka merana kerana “dididik” dengan tarbiyyah yang amat tidak sesuai…
Renung-renungkan, dan selamat melakukan dan mentarbiyyah