Jumaat, 5 Aprl 2013... jam 9.00 malam kami bergerak balik kampung as usual. Bukan apa, disebabkan kekangan kerja yg kerap diadakan weekend ni, bila free je we all decide balik kg.
Perjalanan yang memakan masa 2 jam, akhirnya kami tiba jam 11.00pm. Terus jumpa mak, salam dan cium dia seluruh wajahnya. Muka dia happy sangat bila anak2 dan cucu2 balik. InsyaAllah mak, selagi mampu akan kami kongsikan kudrat 4 kerat kami untuk membantu mak.
Disebabkan keletihan (hampir setiap weekend kitorg travel kan?), terus masuk bilik dan tidur. Amira dan Amsyar pun dah lama dibuai mimpi since dalam perjalanan lagi tadi.
Esoknya (Sabtu) bangun buat breakfast! Nasi goreng kampung, dan Nugget tempura untuk anak2. Selesai tu, kejutkan mak untuk mandi. Masa bukak pampers tu perasan kat punggung mak dah melecet! Siannya... mesti pedih tu... kulit menggelupas dan merah2. Mak kata 'gatal sangat! mak garuuuu!'
Selesai mandikan, pakaikan baju, then sapukan cream untuk punggung yang melecet tu. Sabar ye mak, Su sapu slowly ye. Dapat ku bayangkan kesakitkan tu tapi apakan daya mak x masih belum boleh tanpa pampers. Nasib baiklah Achik dah belikan tilam 'berangin' yang kena pam tu.
Dah selesai tu, kemas umah dan mula ke dapur untuk sediakan lunch. Hari ni masak dgn Kak Long, menu sup ayam, sambal tumis (wajib hahaha), ayam goreng dan tumis sayur campur.
Alhamdulillah... hidangan dah dimakan oleh mak.
Kemudian, basuh baju sekolah kakak dan baju2 lain, sidai dan lipat. Pantang ada panas je ibu ni mmg cekap la kejar kesah laundry ni heheh.. mcm x cukup tanah lari sana sini buat keje!
Then petang, sedang berehat (x rehat pun, basuh baju, lipat dan mcm2 keje la) tiba2 rasa cam nak buat minum petang. So g dapur cari tepung,kentang,bawang,cili blend sket... jadilah cucur kentang. The best part bila mak dan anak2 semua berselera makan, habis adunan 1 kg tepung! hahaha...
Then Achik belikan betik, bila belah je, xde biji!! Tgk tuuu
Kemudian busy pulak mandikan anak2 semua, termasuk Aween juga. Yang lain2 tu dah besar, dah pandai uruskan diri sendiri kan? hahaha... Happy sangat walaupun penat melayan kerenah budak2 ni menyepahkan rumah ...
Malam pulak x sempat tgk TV sebab dah keletihan. ajak Amsyar tgk youtube dalam bilik sampai kitorg tertido! hahaha.. tau2 kakak panggil 'ibu... jgn tidur dulu ye, kakak nak tgk tv ni.'
Aduhaiiii.. dah kol 11pm kakak masih x tido? huhuhuuu tapi akhirnya ibu mmg x sedar, bila masa kakak masuk bilik pun. zzz
Esoknya (Ahad), gorengkan nugget,french fries and sausege sementara tunggu ayah mandi bersiap nak keluar beli roti canai. Ibu ikut sekali g pasar beli barang basah untuk lunch nanti.
Sampai je umah, kasi diorg sume breakfast, mandikan anak3 dulu. Then mandikan mak dan siapkan mak seperti selalu.
Masa untuk kemas rumah, ayah tolong sapu sampah. Then mulalah menanak nasi, menyiang ayam untuk goreng (menu wajib utk anak2), pagi tadi dah rendam sotong, so kene gunting pulak supaya senang makan. Hari ni masak dengan Kak Chik sebab kak Long kuar, ada hal katanya.
So menu hari ni, Sambal Sotong, Ayam goreng, tumis cendawan (my favourite) dan sambal tumis.
Alhamdulillah ... done!
Hari ni kena balik awal sebab ibu x sempat iron baju sekolah kakak jumaat aritu. So kemas2 baju, angkat baju2 dijemuran dan lipat. Check barang2 takut ada pulak yang tertinggal ni kang.
Pastu bawak bekalan makanan sket sbb malas nak masak mlm ni! hahaha
Jam 5.00 petang, dah salam, peluk cium mak, dah minta maaf (setiap kali nak balik ibu mesti minta maaf kat mak dulu) dan kami pun bergerak balik. Seperti biasa, jem di Seremban laaa. Yang penting kene sampai awal sbb ibu nak sangat tgk ABPBH!!! hahaha... setahun sekali kot!
Si minah gadget ni ... langsung x tido sepanjang perjalanan
Amsyar keletihan ...
Dayang Senandung (hangus ok!) huhuu
Akhirnya sampai umah jam 7.30pm...
Terus suapkan anak2 makan dan iron baju kakak (seminggu punye baju)
Walaupun berperang kejab dgn kakak 'berebut TV' hahaha
Dapat la menonton ABPBH dengan jayanya!
Sorry kakak! Just this night ok.
Nanti TV ibu ok, ibu x kacau kakak dah! hehehe