Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 21 February 2012

Tips tangani anak yang agresif!

Biasalah kan ada ibu bapa yang mengalami masalah ini , jika bergaduh dengan orang lain mungkin boleh lagi di tegur dan beri nasihat , jika bergaduh sesama adik beradik macam mana ye ? serba salah dibuatnya , nak sebelahi siapa ? di marah kakak dikata tak sayang, di marah adik apa yang dia tahu? haa jom tengok sedikit tips yang di beri , saya ambil dari pembacaan buku Anak-anak.

Semua kanak -kanak kecil bergaduh sekali sekala terutamanya apabila mereka bosan atau letih , Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif dari kanak-kanak perempuan . Apabila pergaduhan tidak terkawal libatkan diri anada dengan segera dengan cara-cara berikut.
  • Jika anak anda bergaduh , segera asingkan daripada kawan gaduhnya.
  • Alihkan perhatiannya dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
  • Jangan menyebelahi anak anda, kerana apabila kanak-kanak bergaduh kita tidak tahu siapa sebenarnya salah.
  • Sekiranya anak anda mengigit kawan gaduh nya atau kanak-kanak lain , beri perhatian sepenuhnya kepada kanak-kanak yang digigit itu, kemudian alihkan anak anda ke tempat yang lebih selamat dan biarkan dia bersendirian lebih kurang 15 minit.
  • Jika anak anda cenderung merampas dan merentap sesuatu apabila dia mula bermain buat pertama kali dengan kanak-kanak lain, maka ajarnya cara untuk berkongsi permainan, lebih bertolak ansur dan tidak bersikap kasar kepada temanya.
  • Berikan contoh yang baik untuk di ikuti nya dengan percakapan yang baik , sentiasa lemah lembut , bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.
  • Pastikan anda menjelaskan kepadanya , melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka bukan dirinya.
  • Sentiasalah libatkan diri dan hentikan tindakkan anak anda dengan serta merta apabila dia mula memukul kanak-kanak lain , Bersikap tegas tapi jangan menjerit atau bertindak agresif.
  • Jangan sesekali membiarkan nya melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik.Sekiranya dia berjaya dengan sikapnya dia akan cenderung bersikap demikian kelak !
  • Setiap perubahan dari nakal atau agresif kepada perlakuan baik harus nya diberi ganjaran pujian sebagai pengiktirafan.

No comments:

Post a Comment