Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 7 June 2012

Buah Melaka (Onde-Onde)

Hari ni puasa Sunat, tiba2 teringin nak buat Buah Melaka!


Sedikit mencabar bila menguli tepung dgn Amsyar ni hahahahaaa... dia pun nak gak! abeh tupperware ibu tau.

Lepas uli, gentel bulat2, dan masukkan gula melaka (yg dah diracik2 kecil)

 Pastu rebus dlm air yg telah mendidih. Bila dah timbul, angkat dan toskan. Kemudian gaulkan dengan kelapa (parut yg putih je dan campurkan sedikit garam)


Tadaaa.... dah jadi! Buat sikit untuk berbuka dan hantarkan kat umah Tok Anjang.
Esoknya rebus baru untuk bekalan di office.... 
Puas hati sangat sebab berjaya buat sendiri hahahahaa





Bahan-Bahan (5-6 orang)
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-cara
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.
Sumber  http://dapurmalaysia.com/resepi-kuih-buah-melaka-onde-onde/

No comments:

Post a Comment