Saya pakai seluar jeans beli di Pengkalan Kubor, Sandal saya sandal Amporlo beli di Giant RM14, T-shirt saya t-shirt buat sendiri ada cop CandidSyndrome, handbag wife saya pun beli Coach masa sales kat Macy San Francisco (banyak murah beb dari KL) itupun dia dah pakai dekat 2 tahun. Kasut saya Albertini, made in Pakistan walaupun nama Itali, Jam saya bini bagi masa kahwin, saya juga makan durian tepi jalan, saya cuma ada 1 handphone sahaja dan itupun iphone 3Gs yang masih elok sebab tu tak upgrade lagi. Saya pun macam kebanyakan anda semua kan?
KENAPA ORANG BISING pulak saya berjimat cermat kan? Haters akan tembak mana-mana lubang dia boleh tembak walaupun lubang tu adalah lubang hidung dia sendiri.
Kalau orang kata saya banyak duit (Aminnnn Ya Robbal A'lamin) dan saya berjimat, ke manakah duit tu saya belanjakan?
Inilah jawapan saya. Hidup saya lahir dari orang miskin dan menjadi senang sekarang ni. Maka inilah perbelanjaan yang saya lakukan ;
1. Pelaburan Hartanah (pelaburann jangka panjang, perlu beringat sebelum susah - Ingatlah masa kaya sebelum datang masa miskin)
2. Buat simpanan dalam bentuk Emas (ekonomi Malaysia bukan sihat sangat, hutang negara dah 50% dari KDNK dan BLR boleh naik secara logiknya nanti dan RM akan devalue teruk. Sebab tu simpan dalam gold. Jangan tanya saya nak simpan kat mana...saya bukan promo beli gold dari saya hehehhe)
3. Komitmen di Rumah Pengasih Warga Prihatin Kajang. Komitmen masa dan RM (Ramai orang Melayu buat kebajikan dengan wang lebihan TETAPI belajar dari orang Cina, mereka ajar saya untuk buat PERUNTUKAN untuk kebajikan bukannya beri apa yang lebih. Tak kira lah Cina tak Islam tetapi nilai murni itu juga adalah ajaran IIslam kan?)
4. Simpanan untuk pelajaran anak-anak keseluruhannya dalam bentuk unit amanah, insuran, dan hartanah.
Yang lain saya tak kisah murah-murah pun yang penting saya 1 family happy. Jika saya pakai barangan berjenama pun, saya tak buat keluarga saya lebih happy pun ;)
Ok...itu sahaja cerpen saya. Kalau korang rasa ini berguna, saya tak kisah korang SHARE kan ;)
SN
Siapakah Saiful Nang?
Saiful nang dilahirkan pada
18/12/1978. Seorang juru gambar profesional perkahwinan & potret.
Mendapat kelulusan professional Master in photography by MPA (UK) juga
merupakan member international Wedding & Portrait Photographer,
WPPI, USA. Saifulnang juga belajar dalam visual communication by a
degree in Film studies (MMU). Juga pernah mengajar di Limkokwing
University.
Penaung pada “CandidSyndrome Int.” Sekarang beliau aktif mengajar di akademi photographer sendiri iaitu Saiful Nang Academy of Photography. Telah banyak kejayaan yang beliau perolehi. Kini. beliau juga merupakan jurugambar kerabat Di Raja Brunei .
Bergelar jutawan muda dalam usia 30 tahun. Memiliki semua yang di impikan iaitu kerjaya, yang diminati, kehidupan yang selesa, isteri cantik dan anak yang comel. Tinggal lagi mengecapi kejayaan yang seterusnya. Tahniah kepada seorang yang bernama Saiful Nang.
Penaung pada “CandidSyndrome Int.” Sekarang beliau aktif mengajar di akademi photographer sendiri iaitu Saiful Nang Academy of Photography. Telah banyak kejayaan yang beliau perolehi. Kini. beliau juga merupakan jurugambar kerabat Di Raja Brunei .
Bergelar jutawan muda dalam usia 30 tahun. Memiliki semua yang di impikan iaitu kerjaya, yang diminati, kehidupan yang selesa, isteri cantik dan anak yang comel. Tinggal lagi mengecapi kejayaan yang seterusnya. Tahniah kepada seorang yang bernama Saiful Nang.
Saifulnang
seorang Juru Gambar profesional. Berumur 30tahun, sudah berkahwin
dengan seorang wanita cantik yang juga merupakan seorang Doktor bernama Dr Intan Salwani Dato' Dr Ahamad. Bersama-sama memajukan bidang kerjaya dan kehidupan mereka dengan seorang anak tersayang.
Mempunyai
seorang anak perempuan yang sangat comel bernama Orked yang dilahirkan
pada 20.08.08. Seorang anak yang bertuah dilahirkan daripada pasangan
yang sempurna dari segi wajah, kewangan, status, kuasa dan penuh cinta
kasih . Alhamdulillah.
Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada mummy dan daddy ya Orked. Amin
Banyak lagi gambar2 cantik dan menarik
yang telah dihasilkan oleh beliau dan krew.Anda dengan mudah boleh
mendapatkan khidmat beliau dengan menghubungi sendiri no. telefon,
alamat atau website. Ataupun, jika anda berminat untuk menuntut ilmu
dalam bidang photographer secara profesional bersama Saiful Nang.
Jika anda berminat, boleh menghubungi beliau sendiri :
SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
web: http://blog.saifulnang.net
No comments:
Post a Comment