Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 September 2012

1 ZULKAEDAH muncul lagi

Sharing dari 1 blog ni... bestnye! 
InsyaAllah 1 hari nnt rezeki kita pulak! Amin

Source : http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/2010/10/1-zulkaedah-muncul-lagi.html

Kemuncak musim haji selepas
jemaah semua pulang dari Mina
tak kira waktu,
MH tetap meriah dan padat dgn jemaah
kerana masing2 nak selesaikan tawaf ifadah,saie,bergunting
dan selesai pekerjaan haji

ALHAMDULILLAH1 ZULKAEDAH muncul lagi hari ini, bermulalah perjalanan suci jemaah haji dari seluruh dunia untuk menunaikan rukun islam yg ke 5. Ingatan ku pantas menerajang kembali saat2 detik indah ketika kami menjejakkan kaki kami ke sana seperti dalam catatan perjalanan kami di n3 :

DAY 1 15/11/2007 KHAMIS : PERJALANAN BERMULA

Kalau dulu2 masa zaman atuk nenek kita, masa tu semua naik kapal haji. Tapi sekarang kapal terbang digunakan sebagai kenderaan utama utk ke sana.

Ada 3 penerbangan yang disediakan untuk jemaah haji ,

1. Penerbangan terus ke Jeddah , turun flight terus ke Madinah dulu menaiki bas dan baru ke Makkah selepas lebih 8-9 hari di Madinah
Dipanggil penerbangan Awal

2. Penerbangan terus ke Madinah , jadi tak perlu menaiki bas seperti penerbangan awal , 8-9 hari di Madinah ,selepas tu baru bertolak ke Makkah menaiki bas. Pulang nanti dari Jeddah
Dipanggil penerbangan Tengah

3. Penerbangan terus ke Makkah dan tiba masa kemuncak musim haji , selepas tamat musim haji dan hampir 36-37 hari di Makkah, baru bertolak ke Madinah menaiki bas. Bertolak pulang ke Malaysia dari Madinah
Dipanggil penerbangan Akhir

Sebenarnya ketiga2 pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan . 
Terpulang pada hati dan kehendak kita .
lebih kurang 2 minggu lagi tiba hari wukuf
keadaan persekitaran MH masih tidak terlalu padat


situasi MH menjelang
hari wukuf yang hampir tiba
menyebabkan MH sentiasa penuh dan padat
tak kira masa, semua jemaah dah berada di Makkah ketika itu
Namun mengikut pengalaman ku, penerbangan tengah yang memberikan kita sedikit kelebihan berbanding penerbangan awal dan akhir.

Untuk penerbangan awal , lepas sahaja tamat musim haji , 1-2 hari je dah terus bersiap utk pulang , tu yang mana yg belum siap sempurna rukun hajinya akibat beberapa sebab sebagai contohnya kerana keuzuran dan haid , maka timbul kebimbangan dalam hati selagi semua tak sempurna. Itu kenyataan berdasarkan pengalaman dari pemerhatian ku di sana.

Namun antara kelebihannya ialah semasa kita sampai di sana, jemaah masih tak ramai lagi yang datang dari seluruh pelusuk dunia , jadi keadaan beribadat ketika itu agak lebih menenangkan.

sebelum itu, kelihatan merpati dapat menikmati makanan
di atas jalan raya
kenderaan pun masih boleh memasuki jalan persekitaran haram


tapi jalanraya dipenuhi para jemaah yang berulangalik ke MH
menjelang hari wukuf yang akan tiba lagi 5-6 hari
tiada lagi merpati yang kelihatan bebas di jalan raya
kenderaan pula tidak boleh memasuki kawasan berhampiran MH

Untuk Penerbangan akhir pula , selepas saja tamat musim haji, mereka masih akan tinggal di sana utk jangkamasa yg agak lama lagi . Semangat masa tu dah kurang sikit kerana kemuncak musim haji dah selesai.

Tu yang tengok setiap hari jemaah2 lain dok mengemas beg dan bersiap nak balik, mereka pun dok sedih dan mula teringat kampung halaman. Berdasarkan pengalaman , ramai juga pasangan yang tiba dengan penerbangan akhir telah meminta sendiri pihak LUTH agar mereka dapat pulang bersama jemaah2 lain walaupun baru hampir 20 hari berada di tanah suci Makkah.

Untuk penerbangan tengah pula, dua2 dapat . Mendarat terus di Madinah . Masa tu jemaah pun masih tak berapa padat dan ramai lagi . Keadaan situasi masih belum kelam kabut lagi. Begitu juga ketika sampai ke Makkah . Selepas habis musim haji pula , ada 4-5 hari lagi sebelum terus bertolak pulang ke tanah air.

Namun perlu diingat, kita sebagai manusia hanya mampu merancang,
Allah yang akan menentukan perlaksanaannya samada mengikut apa yang kita hajati atau sebaliknya .

Semua ada pro dan kontranya. Ada yang memilih penerbangan awal dan ada pula sebaliknya.
Hanya Allah yang mengetahui apa yang telah direncanakan buat kita sebagai makhluknya.

No comments:

Post a Comment