Sharing info ...
kadang2 kekhilafan kita sebagai isteri,... kita melakukan desakan terhadap suami tanpa kita sedari.
peringatan buat diri sendiri juga...
Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki?
Dalam kebanyakan kes, isteri cuba mengubah perangai suaminya kerana kelemahan suami itu mendatangkan masalah dalam hidupnya dan mengagalkan harapannya untuk mendapatkan sesuatu. Sekiranya suaminya berubah perangai, isteri itu yakin bahawa keadaan rumahtangga akan menjadi bertambah baik.
Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya.
Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya.
Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan
berdiplomasi.
Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri.
Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk
menerima suaminya dengan keadaan sedemikian.
Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan.
Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut:
1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan.
Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba
mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri, tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan. Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat.
2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta.
Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah.
3. Ia boleh menyebabkan suami menentang.
Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya.
4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan.
Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri
untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.
Source : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=24459
No comments:
Post a Comment