Tips Kesihatan ketika Cuaca Panas Melampau. Info Kesihatan ini adalah panduan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Kesihatan Alam Sekitar.
Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.
Namun beberapa minggu ni, bahang panas agak melampau,
mungkin disebabkan Letupan Partikel Radiasi Korona pada awal Mac baru-baru ni,
Wallahu’alam bissawab.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, cuma sakit-sakit biasa saja yang dialami.
Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang
kepada peningkatan serangan penyakit. Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi
oleh keadaan cuaca harian. sumber: myhealth.gov.my
Kesan kesihatan dan risiko disebabkan cuaca panas melampau
Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan cuaca panas terik
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas.
Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai
bergantung kepada situasi atau keadaan sesuatu masalah itu.
Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi ialah
- Sakit kepala
- Keletihan
- Tumpuan lemah
- Pening
- Lemah otot–otot badan atau kekejangan
- Mual dan muntah
Tips dan Cara mencegah risiko dan bahaya akibat cuaca panas melampau.
Mencegah adalah baik daripada mengubati.
Terutamanya untuk mereka yang berisiko tinggi, adalah dinasihatkan untuk berhati-hati
dalam keadaan cuaca panas.
Di bawah adalah tip–tip pencegahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tips ketika Cuaca Panas Melampau, perlulah
- Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda.
- Jangan tunggu hingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam
- dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Berehat dengan kerap
- Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Tips ketika Cuaca Panas Melampau, elakkan
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di:
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481
Sumber: Tips ketika Cuaca Panas Melampau http://www.hootoh.my/2013/03/tips-ketika-cuaca-panas-melampau.html#ixzz2TuAUzrGN
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook
No comments:
Post a Comment