Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 25 April 2012

Artikel Asal di Wardina Saffiyah Official Page

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
“Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina



P/S : mungkin ada yg sudah baca artikel ni. tapi saya baru shj baca (: dan terus post disini. beberapa kata kata Wardina diatas, menyentuh hati saya. begitu kuatnya iman seorang muslimah.

Wednesday, 18 April 2012

Cara Solat Dhuha, Doa Solat Dhuha

Semoga ia dapat dijadikan panduan dan amalan sepanjang kehidupan kita yang terlalu singkat ini.

Pengenalan Solat Dhuha:
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Lafaznya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua 
- Baca Alfatihah
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.




Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan
mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :


” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. 

6 Perkara Menjejaskan Kesihatan Tubuh Badan

Ketika sibuk menjalani rutin seharian, kekadang anda mungkin terlepas pandang soal penjagaan kesihatan. Sama ada dari segi pemakanan mahupun aktiviti riadah. Mungkin faktor masa yang sering menjadi kekangan, tak gitu?

Namun begitu, terdapat enam perkara tambahan yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda iaitu;

1. Sering membiarkan diri anda dalam keadaan terlalu lapar.

2. Terus mandi sejurus selepas bersarapan, makan tengahari atau makan malam.

3. Selalu berada dalam keadaan sedih, berdukacita ataupun keluh kesah.

4. Memperisterikan perempuan yang terlalu tua dan berjimak dengannya.

5. Melakukan jimak ketika perut anda berada dalam keadaan terlalu lapar ataupun terlalu kenyang.

6. Suka berjaga malam kecuali jika tujuan anda adalah untuk berqiamullail.

Mungkin salah satu daripada perkara-perkara di atas sering atau pernah anda buat, kan? Jadi saya berharap sekiranya anda kurang bersenam ataupun jarang mengamalkan pemakanan seimbang, elakkan daripada melakukan mana-mana perkara di atas.

Ini bagi memastikan tubuh anda berada dalam keadaan baik. Mulakanlah dulu dengan perkara-perkara yang mudah untuk dilakukan ataupun dielakkan. Selepas itu, barulah anda beralih pula kepada perkara-perkara yang lebih memerlukan komitmen yang tinggi seperti amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Di mana setiap sesi senaman tu, anda peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit. Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan senaman angkat berat (ikut kemampuan diri anda) dan diikuti dengan latihan kardiovaskular seperti berjoging.

Sayangi dan Peliharalah Kesihatan Tubuh Anda!


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/02/6-perkara-menjejaskan-kesihatan-tubuh.html#ixzz1sMHA37PC

8 punca penyakit melanda anda

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh? Sama ada suka atau tak, sebaiknya anda elakkanlah 8 perkara di bawah bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda kekal terpelihara.

1. Tak cukup tidur di waktu malam. Lebih-lebih lagi jika anda sering tidur lewat.

bayi tengah tidur

2. Banyak tidur ketika siang hari.

3. Makan sehingga kenyang yang melampau. Sebaiknya anda makanlah sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum kenyang, kan?

4. Suka tidur bila perut tengah kenyang.

5. Minum air pada waktu tengah malam.

minum tengah malam

6. Suka sangat menahan perasaan. Tetapi kalau anda yang suka bersabar tu dikecualikan lah. :)

7. Selalu sangat atau banyak melakukan jimak atau bersetubuh.

8. Melakukan hubungan jimak dengan isteri yang tua.

Begitulah antara perkara-perkara yang dikatakan boleh mendatangkan penyakit kepada tubuh badan anda.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/8-punca-penyakit-melanda-tubuh-badan.html#ixzz1sMGgCD9Q

5 Waktu Terbaik Minum Air Masak

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak memasing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama.

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka "point" ni).
Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Hah! Kan bagus tu. ;)

Fuhhhh.... memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan? Grrrr... 


Ok lah, sekarang jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur

Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita. 

#3 Sebelum mandi

Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan

30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Takdelah terkejut beruk nanti. Huhu...

Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2011/12/5-waktu-terbaik-minum-air-masak.html#ixzz1sMGGdhBp

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa plak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

minum air

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.

Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.

Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).

5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.

Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat Mencuba!

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/11/elakkan-minum-air-pada-7-waktu-ini.html#ixzz1sMFlc7uf

7 Perkara yang Membuatkan Anda Bermotivasi di Waktu Pagi

TIPS - 
----------------------------------------
01. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

02.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

03.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

04.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

05.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

06.Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

07.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

CARA MENDIDIK ANAK MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Jom kita ikut sunnah Rasulullah S.A.W.. semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan saham kita di akhirat nanti.

BEBERAPA TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PENYUSUAN

1) Cubalah beberapa posisi penyusuan sehingga anda mendapat posisi yang sesuai dan selesa. Biasanya, posisi 'cross cradle' atau 'football hold' lebih mudah dan membantu.

2) Jika bayi selesa dengan posisinya, cuba lekapkannya ke payudara selama lebih kurang 10minit. Jika bayi resah atau marah, kurangkan tempoh waktu itu. Jangan sesekali memaksa, bimbang dia akan menolak sama sekali.

3) Jangan meneruskan sesi penyususan sekiranya bayi atau anda berada dalam keadaan kecewa, marah atau menangis. Berhenti dan tenangkan diri anda atau bayi sebelum mencuba sekali lagi. Dakaplah bayi anda untuk menenangkannya. Berikan bayi kepada bapa atau orang lain jika anda sendiri yang perlu ditenangkan.

4) Ketika bayi sedang menyusu badan, lakukan breast compression supaya aliran susu lebih laju dan memudahkan bayi mendapat lebih banyak susu. Ini sangat penting terutamanya jika bayi anda tidak melekap dengan betul atau tidak menghisap dengan efektif.

5) Jika bayi langsung tidak mahu menyusu badan ataupun menyusu dengan tidak efektif (contohnya: hisap tiga kali pastu berhenti), anda dinasihatkan untuk mengepam supaya mendapat rangsangan selain mengekalkan penghasilan susu.

6) Dapatkan bantuan seorang pakar laktasi atau kaunselor supaya dia dapat membimbing anda dengan betul.

*Lalui saat-saat manis anda dengan baby sepanjang tempoh breastfeed...Nanti bila dah berhenti, pasti anda akan merinduinya.....*

Doa Amalan untuk Ibu yang Menyusukan Anak

Ramai ibu-ibu yang mencuba pelbagai cara untuk memperbanyakkan susu. Namun, jangan sesekali lupa untuk berdoa dan meminta kepada yang Maha Memberi Rezeki, kerana kita tahu bahawa susu itu adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk anak kita. Mohonlah kepada Allah untuk murahkan rezeki anak kita dan permudahkan urusan untuk kita menyusukan anak sehingga usianya dua tahun.

- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

- Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

- Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

- Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Credit: susu-terbaik.blogspot.com

----------------
Doa seorang ibu dari hati yang ikhlas untuk anaknya, pasti akan didengar oleh Allah. InsyaAllah..

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

CARA MENGAWAL STRESS!!

Setiap daripada kita tidak lari daripada perkataan STRESS kan?? Tipulah kalau saya kata yang saya tak pernah mengalami stress...

Setiap daripada kita sudah tentu pernah mengalami stress sama ada stress yang teruk ataupun stress yang manja-manja gitu..Dan stress boleh berpunca daripada pelbagai sudut...Sama ada stress di rumah, stress mengenai hal anak-anak, stress dengan pasangan, stress di tempat kerja, stress dengan kawasan persekitaran....Apa-apapun, yang penting kita sebagai manusia, kita perlu bijak menangani stress yang kita hadapi....

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk menangai stress....Mungkin anda boleh cuba, dan jika berkesan, boleh share kan di sini...Di sini adalah tempat untuk belajar menghargai sebuah kehidupan...."It's Wonderful Life"

1- Berwudhuk, solat dan Ingat pada Tuhan
--------------------------------------------------
Bagi yang beragama Islam, kita sangat digalakkan sentiasa berwudhuk..Dengan adanya wudhuk, InsyaAllah amarah atau hasutan syaitan dapat kita hindari.. Tetapi, bagi yang bukan Islam, anda boleh mendekatkan diri kepada Tuhan....mengadulah kepada-Nya....

2- Shopping
--------------
Yang ni best kan??Espesially bagi kaum hawa...Bila stress je, kita pergi shopping..Ia selalu dikaitkan dengan 'soul therapy'..tapi kadang-kadang kena ingat jangan sampai memakan diri...Kalau tiada budjet, cukuplah sekar window shopping....

3- Makan Coklat!
--------------------
Terdapat kajian yang mengatakan, coklat mengandung molekul psikoaktif yang dapat membuat pemakan coklat merasa nyaman. Beberapa kandungan coklat seperti caffeine, theobromine, methyl-xanthine dan phenylethylalanine dipercaya dapat memperbaiki mood, mengurangi kelelahan sehingga boleh digunakan sebagai ubat anti-depresi...Tetapi semuanya haruslah secara besederhana..Kalau makan banyak sangat coklat, takut kena kencing manis pula nanti...:-)

4- Tengok Jenaka Ringan
-----------------------------
Mungkin kita boleh praktikkan cara ini...Jika stress, tontonlah beberapa jenaka ringan sama ada di televisyen, di youtube, ataupun video comel anak anda sendiri....! Pasti stress anda akan hilang sikit demi sikit...

5- Mendengar Lagu
-----------------------
Ada orang suka dengar lagu yang mendamaikan bila stress, tapi ada juga yang gemar dengar lagu rock ataupun rancak...Semua terpulang pada pilihan masing-masing..Yang penting, anda tahu apa yang anda suka...

6- Tidur
-----------
Ini perkara yang paling senang...Kalau stress, cuba pejamkan mata...dan tidurlah sepuasnya....Bila bangun, InsyaAllah stress anda akan berkurang...

7- Luahkan Perasaan
-------------------------
Cuba luahkan perasaan anda pada sesiapa yang anda percaya...Kalau tak nak luahkan pada yang anda kenal, boleh gunakan medium alam maya seperti facebook untuk luahkan...Ada penyelesaian ataupun tidak, itu cerita lain..Janji anda dah luahkan stress anda...

8- Bersukan
---------------
Bagi yang gemar bersukan, boleh gunakan medium ni sebagai pelepas stress...Gunakan ruang yang baik semasa bersukan...seperti berjumpa rakan-rakan, mengeluarkan peluh dan menghirup udara segar di taman..Sudah tentu otak anda lebih relax...

9- Menangis
---------------
Menangislah sepuas-puasnya.....Pasti anda lebih tenang....

10- Menjerit
---------------
Satu cara yang mudah....ambil bantal atau kusyen. Tekup muka dekat bantal atau kusyen tu. Then,jerit lah sekuat hati anda...Lepaskan segala tekanan anda...

**Jom, kita sifar stress...Stress boleh mengundang pelbagai penyakit...Sentiasa berfikiran positif dan yang paling penting, sentiasa ukirkan senyuman...Pasti anda jauh dari STRESS!!!***

idea from : fizahensem.blogspot.com

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS.

[Feel free to SHARE if u think this is interesting.]

♥Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

♥Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

♥Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own....

♥Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

♥Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

♥Love her…when her cooking is bad. She tries.

♥Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

♥Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

♥Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

♥Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

♥Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

♥Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

♥Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.

♥Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

♥Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

♥Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

♥Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

♥Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

♥Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

♥All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

♥The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:
• "Treat the women well. The best of you are those who are the best in the treatment of their wives."

**Sayangilah isteri anda sementara mereka masih ada...**

credit : spectacularlyjasminealya.blogspot.com

BOY OR GIRL???

[Feel free to SHARE if u think this is interesting.]

Sewaktu pertama kali anda membuat keputusan untuk hamil, sudah tertu terbayang-bayang di fikiran anda antara satu, 'cute boy' or 'cute girl'. Atau mungkin anda berangan-rangan untuk mempunyai kedua-duanya...Sungguh mendamaikan perasaan itu...

Sejak dari itu, ada di antara kita yang sering bermimpi seorang 'cute boy' yang sering berlari-lari ke sana sini bermain bola, memanjat pokok, membina pondok kecil dan menangkap ikan...Dan dalam masa yang sama juga, anda mungkin terfikirkan seorang 'cute girl' yang tak lepas dari bermain masak-masak, memakai 'dress' yang sungguh anggun, berhias cantik bagaikan puteri kecil dan membantu mereka menghias istana seorang puteri....

Ianya agak melucukan, tapi itulah realitinya...dan yang paling seronok ketika membeli barang-barang bayi...Ada yang sanggup berhabis-habisan semata-mata untuk si comel yang belum tentu jantinanya...Baju pink pun nak beli, baju biru pun nak beli...:-)


Sekiranya anda sering tertanya-tanya, apakah tips untuk mendapatkan anak lelaki? Ataupun bagaimana caranya saya boleh mendapatkan anak perempuan..Di sini, saya ingin kongsikan sedikit tips dari Dr. Hamid Arshad.


Menurut Dr. Hamid, ister-isteri boleh membuat kiraan berdasarkan :

KALENDAR KESUBURAN BULANAN.
----------------------------------------
1- Buat kiraan bermula dari hari pertama anda datang haid (tak kira la kalau haid datang 10 hari pun)
2- Hari subur untuk "CUTE BOY" bermula dari hari ke 11,12,13,14,15,16,17 (7hari)
3- Hari subur untuk "CUTE GIRL" bermula dari hari ke 18,19,19,20,21,22,23 (7hari)
4- Hari tidak subur bermula pada hari ke 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)

Contoh : Sekiranya anda datang haid pada 1hb, kira sehingga hari ke-11, maka bermulalah hari subur anda untuk "cute boy" selama 7hari sehingga hari ke-17. Bermula hari ke-18, adalah hari subur untuk "cute girl'...


**Anda boleh sesuaikan dengan tarikh terakhir haid anda bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan. Sekiranya haid anda jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan calendar tersebut. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas calendar tersebut, supaya anda mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami). Walaupun masa haid anda hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10. Jadi pada hari ke 11 hingga 17 (anda di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat 'CUTE BOY" adalah cerah. Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan "CUTE GIRL". Untuk itu, saya sarankan agar anda menggunakan waktu ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak perempuan.

Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25 (lagi seminggu nak period) anda akan rasa sakit2 badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda puan akan didatangai haid dalam masa seminggu dan masa haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari)dari tarikh period terakhir.

**Selamat mencuba semua....:-)**


* Untuk dapat anak perempuan *

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar
Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

 
* Untuk dapat anak lelaki *

Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.
 Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

Bagi pihak isteri pula, sentiasalah berdoa di dalam hati, agar ALLAH mengurniakan anak perempuan atau lelaki. Doa juga supaya ALLAH mengurniakan anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan anda dunia dan akhirat.

Sekian, semoga hajat kita semua diperkenankan oleh ALLAH Ta’ala. Aminn.

NUTRISI PENTING SEBELUM & SEMASA HAMIL

Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi, pastikan anda berdua mengamalkan pemakanan sihat yang lengkap dengan nutrisi sebelum merancang untuk hamil.

Berikut merupakan beberapa sumber makanan yang perlu diambil oleh wanita-wanita yang sedang berusaha untuk hamil...check it out!!

1- Asid Folik
***********
Salah satu unsur vitamin B yang terbentuk di dalamnya dapat mengelakkan kecacatan saraf tunjang seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir sebanyak 80%! Jadi tingkatkan pengambilan asid folik sebelum dan ketika 12minggu pertama kehamilan. Di minggu-minggu awal ini, organ dan sistem badan bayi mula terbentuk. Asid folik banyak terkandung dalam bayam, kacang buncis, kacang panjang, produk soya, kekacang dan jus-jus.

2- Zat Besi
**********
Nutrisi ini amat penting bagi membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan dan mencegah anemia. Keperluan zat besi lebih penting bagi wanita hamil kerana jumlah keperluan hemoglobin meningkat ketika itu terutama pada dua trimester terakhir. Zat besi banyak terdapat dalam makanan penambah darah seperti daging merah, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

3- Kalsium
*********
Keperluan kalsium perlu ditingkatkan untuk mengurangakn gejala ibu mengalami kebas dan kekejangan sepanjang tempoh kehamilan. Ia turut berperanan mengurangkan kecenderungan ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu hamil. atas sebab itulah wanita hamil digalakkan minum susu untuk keperluan kalsium yang mencukupi.

4- DHA
******
Berperanan penting terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Mulai tujuh bulan kandungan, makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA. Tingkatkan makanan yang kaya dengan minyak omega seperti sardin dan salmon.

5- Air
*****
Anda digalakkan untuk minum minimum 10 gelas air masak setiap hari. Sebagai variasi, anda boleh mengambil jus buah, susu, yogurt, sup dan jenis cecair yang lain.

Jadi, pengambilan nutrisi lengkap sebelum & semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik dan selamat.

Jom Baiki Kelemahan Dalam Mendidik Anak2

Siapa kata mudah untuk mendidik anak?? Bagi mereka yang sudah mempunyai anak, pasti akan fahan apa yang saya sampaikan..Namun, bagi yang belum mempunyai anak, jangan bersedih..Gunakan masa yang anda anda untuk mempelajari sebaik mungkin untuk menjadi ayah & ibu yang baik…
Hari ni, saya ingin kongsikan beberapa cara untuk mengurangkan kemarahan kepada anak-anak kecil kita…Saya tahu, ramai di antara kita yang sering melepaskan kemarahan kepada anak-anak kecil apabila mereka melakukan kesilapan..kadang-kadang hanya kesilapan yang AMAT KECIL!!! Dan perkara ini sering terjadi teruatamanya bila kita berada dalam keadaan tertekan dengan beban kerja di pejabat, keadaan rumah yang bersepah ataupun terlalu penat…!!

Memang tidak mudah untuk mendidik anak..Tambahan pula sikap anak-anak kita yang sukar untuk mendengar kata, kadang-kadang menyebabkan kita cepat naik marah, hilang kesabaran, geram dan sebagainya..Meninggikan suara dan membuat muka bengis adalah cara yang sering menjadi pilihan kita. Tapi, tahukah anda sikap ini boleh menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda?

Sudah tentu kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita..Dan kita juga tak nak mereka membesar dengan emosi terganggu. Sebagai ibu bapa, kita juga mesti tak nak kan anak-anak kita marah kita bila kita dah tua nanti??Pada waktu itu, jangan salahkan mereka…Kerana semuanya berpunca daripada kita yang mendidik mereka menjadi pemarah!!

Sebenarnya, memori anak-anak kecil sangat kuat. Di waktu kecil nil ah mereka belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Mereka juga suka mencuba sesuatu yang baru…Mereka akan membentuk jati diri mereka mulai daripada sekarang..Sebab itulah, orang kata, jika baik didikan ibu dan ayah di rumah, maka baiklah anak itu…Jadi, hari ni saya nak kongsikan dengan semua beberapa cara yang mungkin kita boleh cuba dan amalkan untuk mengurangkan rasa marah kepada anak-anak kecil kita..Saya juga masih dalam proses belajar untuk menjadi ibu yang baik kepada anak saya…


Jom sama-sama kita baiki kelemahan yang ada…

1- Sebelum memarahi anak, fikir dahulu..renung ke muka anak kesayangan kita..Adakah kita suka jika kita dimarahi oleh ibu kita ataupun orang lain? Sudah tentu tak suka kan?? Cuba bayangkan jika bila anak kita dah besar nnti, mereka pulak yang marah kita.Bagaimana perasaan kita??Dan saya pasti, apa pun kesalahan yang kita buat, dah tentu kita tak suka dimarah dan diherdik bukan??

2- Lebih banyak memberi kesedaran kepada anak daripada memarahi mereka..Ya, saya tahu bukan senang..Tapi kita perlu belajar untuk mengawal amarah..Anak-anak kita dalam proses pembelajaran..Kita perlu membantu mereka..Fikirkanlah cara yang terbaik untuk anak kita daripada asyik memarahi dan mengherdik mereka..Saya yakin, hanya kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita…

3- Cuba fahami emosi dan keinginan mereka..Kita melahirkan anak yang mempunyai keinginan dan emosi masing-masing…Dan bukannya robot yang hanya mengikut kehendak kita..Ya, kita sebagai ibu bapa, memang kita berhak..Tapi, sekali lagi…cuba renungkan dalam-dalam muka anak anda..pasti akan berasa sayu….

4- Cuba tanamkan di dalam diri kita sendiri, tunjukkan rasa kasih dan sayang kepada anak melalui suara, mimik muka dan perbuatan. Tunjukkan pada mereka yang kita sayangkan mereka.Biar mereka tahu..Tak ada guna kita simpan perasaan itu!!

5- Kita pun tak suka jika dikutuk di depan orang ramai kan??Jadi, jangan sekali-kali mengutuk atau menjatuhkan maruah anak di hadapan orang lain..Dan elakkan daripada mengeluarkan kata-kata negatif kepada anak kita..Saya yakin, jika kita buat juga, ia akan meninggalkan kesan yang amat dalam di hati anak kita...Percayalah!!

6- Banyakkan membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah supaya lembutkan hati anak-anak kita untuk mendengar kata-kata kita...InsyaAllah, Allah akan mudahkan...


Ingatlah....anak-anak ibarat kain putih..Kita yang mencorakkannya...Jika kita mencorakkannya dan warna-warna yang cantik dan baik..makna baiklah lukisan yang dihasilkan..Tapi, jika kita cuma palitkan dengan air lumpur yang kotor dan busuk, maka busuklah lukisan itu di kemudian hari...Renunglah mata & muka anak-anak kesayangan anda...Sayangi mereka sepenuh jiwa anda...Mereka cuma seorang anak kecil yang perlukan perhatian dan bimbingan anda...Fikir-fikirkanlah...

Tuesday, 17 April 2012

Ilmu Memagar Rumah

Apa yang boleh kita buat untuk membanteras jenayah pecah rumah? Buat rondaan kejiranan, upah pengawal, pasang alat penggera keselamatan, merupakan salah satu usaha juga. Dan emel yang dihantar oleh seseorang dari kejiranan saya rasanya boleh juga kita cuba. Semoga ALLAH melindungi kita. Emel ini sudah lama dan saya tidak ingat dari siapa. Tapi molek dikongsikan bersama.
"Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihirdan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahandan kekusyukan.Waktunya..Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagardiri dan hari jumaat bagi memagar rumah.
Caranya.


1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.


2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir keranaAllah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,buat berasingan).


3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu bacaayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawadihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membacaayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.


4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pulabahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuktembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan initerpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satutembuk empat persegi yang sempurna.


5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untukyg afdalnya amalkan seminggu sekali. 
Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masademi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnyaberserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman daripencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk ituberada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untukkelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yang mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasukirumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkantuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkandengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahajauntuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalahmenakjubkan (dengan keizinan Allah).

Kecurian - Apa Perlu Kita Lakukan?

Sebenarnya saya tidak mahu memperkatakan tentang ini, tetapi atas kerisauan saya yang maha dahsyat, saya tulis juga sebagai peringatan sesama kita.
Agak panjang, tetapi mohon luangkan sedikit masa ya. Terima kasih.
Jam 4 pagi tadi, rumah kami hampir dimasuki pencuri!
Alhamdulillah, dia tidak memasuki rumah kami, tetapi dia berjaya memasuki kereta Viva emak saya, mencuri Touch N' Go dan beberapa helai duit kertas.
Kehadiran pencuri itu disedari oleh kakak sulung saya, kerana si jahanam itu (eh maaf ya, emo sikit, haha!) berani pula menghulurkan tangan dengan lampu suluh.
Nasib baik kakak saya tersedar kerana lampu suluh pencuri itu terlanggar besi tingkap.
Kakak saya memang selalu membuka sedikit tingkapnya bagi aliran udara, dan kerana kucing-kucing kami selalu masuk melalui tingkap selepas seharian bercanda di luar, demi mengelakkan kejadian dahulu berulang lagi.
Oleh kerana kakak saya tersedar dan terkejut, dia sergah pencuri itu, dan terus pencuri itu menarik tangannya. Tetapi tidak kedengaran bunyi lari lintang-pukang. Kami syak dia sekadar tunduk sebelum bersembunyi.
Kakak saya yang cemas, keluar dan mengetuk bilik emak saya terjerit-jerit.
Tetapi tiada apa-apa lagi yang berlaku selepas itu, hinggalah semasa emak saya mahu pergi kerja dan menekan alarm, keretanya berbunyi seolah-olah pintu tidak tutup rapat.
Ada beberapa perkara pelik dengan kejadian ini, namun saya tidak mengharapkannya. Sekadar mengaitkan dengan kejadian yang menimpa orang lain.
Pencuri itu berjaya masuk ke laman rumah kami kerana pintu pagar tidak berkunci, memasuki kereta emak saya, tetapi dia tidak mencuri kereta. Sekadar Touch N' Go dan duit. Malah radio juga tidak dicuri.
Dia berani suluh ke dalam rumah kami dari luar dan tiada tanda-tanda dia kelam-kabut.
Selepas mengamati segala tindak-tanduknya, kami sebulat suara bersetuju yang pencuri lahanat itu (eh, maafkan sekali lagi kekasaran saya) adalah pencuri profesional.
Membawa lampu suluh, tidak cemas walaupun disergah, dan memasuki kereta emak saya tanpa sebarang bunyi.
Sangat licik dan berani! Dan kami rasa, dia baru sekadar ushar-ushar. Saya sangat tidak percaya kalau emak saya tidak kunci kereta, hanya kerana dia parkir di dalam.
Itu bukan cara kami, kerana kami bukan gated-community, pak guard pun macam tak ada faedah. Kau angkat tangan, kau beri senyuman mesra sikit, dah boleh masuk. Lebih-lebih lagi selepas kejadian pahit ini.
Memang tidak mungkin langsung kami, lebih-lebih lagi emak saya, tidak kunci keretanya. Nampak sangat pencuri itu bijak membuka kereta tanpa perlu memecahkan tingkap ataupun mengumpil lubang kunci.
Entahlah, yang ini masih menjadi misteri. Mungkin juga emak saya akhirnya terlupa kunci kereta. Mungkin?
Tetapi ya, kejadian sebegini berlaku hanya kerana kita lalai seketika. Dalam banyak-banyak hari kita berjaga-jaga, tiba-tiba hanya kerana sekali kelalaian, kita terpaksa menanggung akibatnya.
Macam hal ini, selalunya kami kunci pagar, tidak kira keluar pada pukul berapa.
Tetapi hendak dijadikan cerita, adik bongsu saya keluar selepas maghrib, adik kedua saya pula baru balik dari kerja lebih kurang jam 9 malam, pagar itu tidak dikunci kerana menganggap adik bongsu saya belum balik.
Emak saya terjaga jam 12 tengah malam, lihat masih belum berkunci, tetapi beranggapan yang sama, iaitu adik bongsu saya belum balik.
Hanya kerana tanggapan masing-masing, dan kelalaian, rumah kami dimasuki pencuri buat kali kedua, walaupun sekadar di halaman rumah.
Isunya, pencuri itu sudah melepasi pagar. Itu langkah pertama berlakunya kecurian.
Maka di sini saya mahu kongsikan sedikit peringatan buat diri sendiri, dan kawan-kawan yang membaca.
01.Jangan lupa kunci pintu - Pintu pagar, mungkin boleh dimaafkan sekiranya leceh asyik perlu dimangga, tetapi selepas jam 10 malam, mohon mangga. Pintu kayu yang ada tombol itu pula, mohon kunci 24 jam.
Tambah selak sekiranya perlu. Jangan sangka jam 10 pagi ke, 3 petang ke, 8 malam ke, pencuri tidak boleh masuk.
Adalah lebih parah apabila kita sedang syok-syok tonton TV sambil makan nasi, tiba-tiba masuk orang yang tak dikenali, sambil bawa pisau. Mahu tercekik nasi kau.
02.Jangan lupa tutup dan kunci tingkap - Sekiranya untuk tujuan menganginkan bilik, hanya buka pada waktu siang, dan pastikan tingkap tidak boleh dimasuki manusia.
Dan tolong jangan buka tingkap yang berhampiran pintu. Orang jahat hulur tangan, pulas tombol, dah boleh masuk. Tak ada maknanya, Nab.
03.Jangan gantung kunci berhampiran tingkap ataupun pintu - Ini memang cari nahas. Tidak kira kunci apa sekalipun. Kunci rumah apatah lagi. Kunci kereta sila simpan di bilik masing-masing.
Dulu kami gantung kunci betul-betul di sebelah sliding door, yang bersebelahan dengan pintu utama sebab lebih mudah bagi kami apabila mahu buka mangga pintu.
Tetapi memang lebih mudahlah untuk pencuri masuk senang-lenang.
Sekarang saya sudah alihkan tempat gantung kunci itu di tempat yang tidak dapat dicapai tangan. Harap pencuri tidak perlu gigih hulur kayu panjang beratus-ratus sentimeter.
Memang cacat otak kalau dia terfikir begitu. Melendut kot kayu kau!
04.Jangan letak apa-apa barang berharga di dalam kereta - Touch N' Go adalah salah satu daripadanya. Ini kad debit, maknanya ada sejumlah wang di dalamnya.
Tak kisahlah kalau tinggal seringgit dua, tetapi kad itu sendiri ada harganya.
Dulu RM15, sekarang saya tidak tahu berapa.
Jangan kerana kad bernilai RM15 itu, pencuri berkeinginan untuk pecah kereta kita, seterusnya membolehkan dia curi benda lain, atau paling sakit, kereta kitalah kan?
05.Jangan jadikan keluar rumah lewat malam dan balik awal pagi sebagai habit - Ini sudah banyak kali saya beritahu adik-adik saya, tetapi sekejap sahaja mereka dengar, kemudian mereka buat balik.
Ini bahaya kerana pada waktu begini, kebanyakan orang sedang tidur.
Apa yang menyebabkan ini lebih bahaya, mereka boleh pukul leher kau masa kau tengah sibuk-sibuk nak kunci pintu, sampai kau pengsan.
Peratusan jeritan mengaduh kau pada waktu ini didengari oleh orang lain adalah tipis.
Kalaupun dia pukul tidak sampai pengsan, mungkin dia belasah pula, dan hingga ke satu tahap, nyawa melayang.
Selepas kau dah 'diselesaikan', dia masuk dengan riang-ria cuti sekolah, curi barang-barang, dan mungkin nyawa ahli keluarga lain pula dalam bahaya. Astaghfirullah, harap dijauhkan.
06.Pasang lampu di luar, terang-seterang-terangnya - Emak saya tidak suka idea ini, kerana bil elektrik melambung.
Malah emak saya kata, ini lebih membuatkan orang tahu apa yang ada di dalam kereta, dan apa yang ada di halaman rumah.
Tetapi bagi saya, apa sangatlah bil elektrik itu dibanding nyawa kita sendiri. Yang penting, kalau kita nampak ada orang memasuki halaman rumah kita, kita nampak macam mana wajahnya, dan bukan sekadar bayang-bayang.
Malah sekiranya jiran-jiran kita ada yang belum tidur, dapat melihat sesiapa yang sedang berlegar di halaman rumah kita.
Tetapi sekiranya semua langkah berjaga-jaga sudah dilakukan dengan jayanya, tetapi berlaku juga, saya ada peringatan lain bagi menghadapi situasi itu.
01.Sentiasa kunci bilik masing-masing, dan jangan buka bilik walaupun diketuk bertalu-talu, hingga orang yang mengetuk itu bersuara - Jadikan ini satu habit. Tidak kira waktu siang ataupun waktu malam.
Ketukan pertama, kita biarkan. Ketukan kedua, kita tanya, "Siapa?".
Kalau yang menyahut itu suara ahli keluarga kita, pastikan suara mereka tidak seperti ketakutan. Tanya lagi, "Mahu apa?".
Kalau yang mengetuk itu terus mengetuk tanpa menyahut, jangan buka pintu bilik. Jangan sekali-kali! terus sendal pintu dengan meja, almari atau apa-apa sahaja yang boleh.
Kemudian hubungi kenalan terdekat, supaya datang memantau. Jiran sebelah rumah lebih afdhal.
Hal ini, kalau kita mampu letak kanta untuk mengintai macam di bilik hotel itu, mengancam juga.
02.Apabila semua sudah sepakat untuk tidak buka pintu sekiranya yang mengetuk tidak menyahut, insya-Allah nyawa masing-masing akan selamat. Kalau bilik kita ada pintu lain yang menghubungkan kita dengan bilik ahli keluarga lain, masuk ikut pintu itu dan kejutkan semuanya.
Kumpul di dalam satu bilik, dan minta mereka sendal pintu bilik mereka dengan almari atau meja.
Kemudian telefon polis.
Bilik saya boleh dihubungkan dengan bilik adik pertama saya melalui beranda, dan bilik adik saya itu boleh dihubungkan dengan bilik adik bongsu saya melalui bilik air.
Sama halnya dengan bilik kakak dan emak saya. Mereka berkongsi bilik air.
Tetapi yang silapnya pagi tadi, kakak saya yang cemas sudah keluar bilik dan mengetuk pintu emak saya.
Ini sangat-sangat bahaya. Tiada siapa tahu berapa ramai yang datang, bimbang ada yang sudah di dalam rumah.
Lebih baik ketuk pintu bilik air dan duduk di dalam satu bilik.
03.Pastikan ada senjata di dalam bilik kita. Tidak kira senjata tajam mahupun tumpul, mohon letakkan berhampiran katil. Dulu ayah saya ada pedang dan parang, dia letak dicelah almari. Takut, kan?
Seorang ayah memang protective. Selepas ayah saya meninggal, pedang itu adik saya ambil dan simpan di dalam almari.
Cuma harap senjata seperti ini tidak disalahgunakan.
Paling tidak, sediakan kayu seperti kayu besbol ataupun pistol angin, atau pisau daging sekiranya perlu.
Garfu, harap tidak perlu susah-susah simpan. Pisau lebih baik. Jangan pisau sapu mentega ya.
04.Tolonglah simpan nombor-nombor penting seperti polis, bomba, jiran sebelah dan sesiapa sahaja yang dapat datang ke rumah kita pada waktu kecemasan.
Jangan sekadar ada nombornya, pastikan juga telefon sentiasa ada kredit.
Jangan asyik guna kredit untuk telefon buah hati, sayang oooooi.
05.Sekiranya telefon tiada berfaedah demi menyelamatkan diri, sendal pintu dengan almari dan mula menjerit di tingkap supaya jiran tetangga terdengar.
Jerit kuat-kuat, kata ada pensuri dan minta tolong! Jerit berulang kali hingga jiran menyalakan lampu dan keluar dari rumah.
06.Last but not least, Nyawa Adalah Lebih Penting Daripada Harta Benda. Biarkan sahaja mereka ambil apa yang mereka mahu, kerana barang-barang itu boleh diganti balik.
Harap maaf ya kerana sudah membebel-bebel. Saya benar-benar bimbang dengan kejadian ini. Ini sudah kali kedua, dan kami masih bernasib baik kerana tiada kecurian bernilai besar dan tiada nyawa yang terancam.
Dan saya rasa masih ramai yang menganggap, mereka selamat apabila berada di dalam rumah sendiri. Kita mungkin selamat di dalam, tetapi tidak bermaksud yang jahat-jahat itu tidak masuk.
Tolong jaga diri masing-masing ya. Dan tolong jangan anggap semua langkah keselamatan ini untuk menjaga diri sendiri sahaja.
Fikirkan ahli keluarga yang lain, dan saling mengingati. Kalau rasa-rasa malas nak kunci pintu,fikir setiap kemungkinan yang akan berlaku atas kemalasan kita.
Sekiranya ada tip-tip lain yang mahu dikongsi, mohon tulis di ruangan komen untuk sama-sama kita saling mengingati.
Ini langkah-langkah saya dalam berjaga-jaga dan bersedia menghadapi pelbagai kemungkin, mungkin ada salah di mana-mana, mungkin ada cara yang lebih baik.
Kepada yang berniat menjadi pencuri, tolonglah jangan curi nyawa sekali. Malah janganlah jadi orang jahat, banyak lagi kerja yang boleh kita lakukan demi mencari wang.
Semoga kita terus dilindungi Allah. Segala kebaikan datangnya daripada Allah, dan segala kekhilafan adalah kelemahan saya sendiri.