Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 April 2012

CEMBURU ANAK-ANAK

Biasanya selepas kelahiran anak kedua, perasaan cemburu si abang atau kakak terhadap adik mereka semakin ketara. Si abang seolah-oleh bimbang akan kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa terutama ibunya.
Tambahan pula apabila melihat ibunya memangku adiknya ketika menyusu, menukar lampin adik dan sentiasa menjaga adik dengan penuh kasih sayang. Dia berasa seolah-olah dirinya sudah tidak lagi disayangi ibunya. 

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan ibu bapa: 

1.Menukar sifat cemburu kepada sayang 

Biasanya anak sulung akan menunjukkan rasa cemburu dengan keadaan emosi yang kurang stabil, memukul adik tanpa sebab atau mencubit apabila ibu ‘lepa’ daripada pandangan ibu atau bapa. 

Anda boleh mencuba kaedah ini iaitu dengan memegang tangan anak sulung, kemudian sama-sama menyentuh dengan lembut bahagian kaki dan tangan sekerap mungkin. 
Cerita pada si abang bagaimana suatu ketika dulu, si abang pun diperlakukan perbuatan yang sama. Sambil menyusukan si kecil, ibu perlu memperbanyakkan mengusap kepala 
dan menyentuh sekerap yang boleh tubuh si abang supaya ia merasakan dirinya masih disayangi. 

2.Panggilan membentuk sifat 

Ajar si abang supaya memanggil adiknya dengan panggilan ‘adik’ atau seumpamanya dan bukan dengan panggilan nama saja. 
Perkataan ini mampu membina sifat tanggungjawab si abang terhadap adiknya. 

3.Pimpin tangan adik 

Ketika anak sudah boleh berjalan sendiri, latih si abang untuk memimpin tangan adiknya. Pegang tangan abang dan dekatkan kepada tangan adik ketika berjalan. 
Kaedah ini dapat menimbulkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang abang pada adiknya. Sifat sebagai pembela, mempunyai peranan dan rasa tanggungjawab mula terbentuk, iaitu lebih awal daripada kebiasaan. 
Keadaan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan ibu bapa mengendalikan ragam anak-anak. 

4.Perkongsian 

Kebiasaannya ibu bapa membeli sesuatu khusus untuk seorang anak. Contohnya, jika beli kereta mainan untuk dua orang anak, dibelikan dua iaitu seorang satu. Jika beli air kotak, juga dibelikan dua kotak. 
Cuba tukar kaedah biasa ini kepada bentuk perkongsian. Ajar mereka berkongsi. Jika beli kereta mainan, pastikan berlainan supaya dapat berkongsi. Begitu juga minuman, beli satu kemudian berkongsi. Kalau boleh bukan setakat kongsi tetapi abang yang suapkan adik. 

5.Bersikap adil 

Jangan pukul abang jika dia berkasar dengan adiknya. Dia akan menyimpan sifat dendam sekiranya kita memarahi atau memukul sebaliknya latih, pujuk dan didik. 
Peluk sambil memberi nasihat kepadanya sebagai suatu kaedah mendidik. Ramai ibu bapa berpendapat bahawa anak sulung perlu mengalah. 
Anak sulung juga perlu memahami masalah dan memahami keperluan si adik, malah ada kalanya perlu memikul kesilapan si adik. Adakah ini wajar? 
Keadaan begini tidak adil kepada anak sulung, malah menyebabkan jiwanya memberontak dan tertekan. Seterusnya ia akan menjejaskan misi ibu bapa untuk menjadikan anak sulung sebagai pembela yang bertanggungjawab dengan ikhlas. 

sumber:hmetro.com.my/

No comments:

Post a Comment