Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar
GENETIK - Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang
mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak
kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita.
Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam
satu masa.
UMUR - Perempuan yang berumur 35- 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang
lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan
wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka
akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa
proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses
perimenopause.
BILANGAN ANAK - Lagi banyak bilangan seseorang
individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk
melahirkan anak kembar selepas itu.
BERAT dan KETINGGIAN -
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari
kajian saintifik.
DIET - Pengambilan makanan-makanan tertentu
yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan
kebarangkalian mendapat anak kembar.
PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
- Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan
kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses
ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
No comments:
Post a Comment