Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 17 May 2012

Warna air kencing... kuning atau sangat kuning?





Air kencing memang akan berubah-ubah. Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita. Warna kencing bening memang warna normal. Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan.


Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari.Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari. Jika memang aktiviti kita cergas, maka keperluan cairan kita juga lebih sehingga kita perlu meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu boleh dijadikan indikasi bahawa tubuh kita perlukan air.


Warna air kencing ada yang bening tidak berwarna, sedikit menguning, kekuningan, kuning, kuning pekat..


1. Yang bening sekali - anda harus minum air lebih

2. Sedikit menguning - anda sudah meminum air putih secukupnya

3. Kuning sekali – bermakna anda jarang minum air putih (dehidrasi)

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
oleh itu minum la air masak selebih lebihnya untuk mengelakkan dehidrasi atau kulit kering :)
Sumber : http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2012/03/makna-di-sebalik-warna-air-kencing.html

No comments:

Post a Comment