Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 24 May 2012

Welcoming the month of REJAB (1 Rejab = 22 May 2012)



Hari ini 24 May 2012, Thursday... hari kedua saya berpuasa. Alhamdulillah!

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram mengikut bulan-bulan Islam.Antara lain bulan-bulan haram ialah Zulkaedah,Zulhijjah dan Muharam.Lantas,dalam bulan-bulan ini umat Islam dilarang berperang kecuali mereka diugut.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain) 

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
  • Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 
  • Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
  • Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.
  • Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
  • Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.
  • Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Insyaallah.

Saturday 19 May 2012

Petua Minum Rasulullah s.a.w.


Rasullah s.a.w. amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah s.a.w. juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa di waktu pagi. Antara khasiatnya:

1. Menghilangkan kahak atau lendir

2. Mencuci perut

3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar

4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu

5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk - Aisyah meriwayatkan bahawa: "Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk." Baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan 3 nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk, diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Thursday 17 May 2012

Natural Parenting - kembali kepada asas!



Artikel ini diambil dari IluvIslam. Banyak faedahnya.. jom kita baca sama-sama..Bergelar ibu berkerjaya, mungkin masa bersama anak-anak agak terbatas. Semua perkara hendak dilakukan secara ekspres! Nasib baik ada kemudahan teknologi moden yang bantu mempercepatkan kerja membasuh, menggosok baju, membersihkan lantai, memasak dan sebagainya. Sementara sibuk dengan kerja rumah, kita galakkan anak-anak menonton yang kadangkala kita sendiri tidak peka dengan ‘isi’ program yang ditonton. Bila difikirkan, takkanlah soal didik anak juga kita perlu ekspres?

Jadi, bagi menyelesaikan situasi ini, kita harus kembali kepada asas iaitu natural parenting. Dengan cara ini kita akan dapat melihat dunia anak-anak dengan lebih luas dan kita akan lebih bertanggung jawab mengendalikan pembelajaran dan emosi mereka dengan lebih berkesan. Mungkin ramai yang bertanya, bagaimana hendak memulakannya? Apa yang perlu dibuat? Pada peringkat awal, mungkin agak sukar tetapi dengan tekad dan tindakan yang betul serta istiqamah, segala-galanya akan menjadi lebih mudah dan senang.

”Tidakkah seseorang di antara kamu merasa redha jika hamil dari benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya, bahawa wanita tersebut mendapat pahala sama dengan (pahala) seorang prajurit yang berpuasa ketika berperang di jalan Allah? Bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu melahirkan, betapa kegembiraan yang dirasakannya yang tak diketahui penghuni langit dan bumi dengan lahirnya buah hati.” (HR. Ibnu Atsir)

Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan mendapat satu pahala kerana ia berjaga sepanjang malam (karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

Antara asas natural parenting ialah

Menyusui anak sendiri
Sejak azali kita memang tahu perkara ini kerana ia asas yang harus diketahui oleh semua ibu di dunia ini. Tetapi hakikatnya, ramai yang memberi pelbagai alasan dan merasakan begitu sukar untuk menyusu secara eksklusif. Jangan berkata tidak mampu selagi anda tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh, jika tidak berjaya juga pasti ada jalan lain dengan mengikuti kursus laktasi, meminta khidmat nasihat sehinggalah disahkan anda benar-benar tidak boleh menghasilkan susu sendiri maka mungkin boleh menggunakan alternatif lain. Namun hanya sedikit peratus sahaja yang mengalami masalah ini kerana ibu lain biasanya tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai penyusuan susu ibu bukannya masalah fizikal. Jika mampu susuilah selama dua tahun, jika tidak mampu, enam bulan menyusu penuh tanpa tambahan susu formula adalah yang terbaik. Percayalah, anda mampu melakukannya.

Tidur bersama anakAsas yang kedua ialah tempat seorang bayi adalah bersama ibunya bukan berada dalam baby coatsehingga mereka tertidur sendiri. Mungkin anda terlalu mengikut gaya moden barat yang mengatakan bayi harus dipisahkan sejak bayi agar mereka lebih berdikari sedangkan hakikatnya bayi harus berada dalam dakapan ibu bapa mereka sehinggalah umur yang sesuai untuk mereka berpisah tempat tidur. Mungkin mereka boleh mempunyai bilik tidur sendiri yang dipenuhi dengan mainan kesukaan mereka namun biarlah pada usia yang sesuai dan mereka sendiri telah bersedia untuk berdikari, mungkin tiga tahun ke atas adalah usia yang sesuai.

3 Air tangan ibu
Pernah atau tidak kita teringin masakan yang di masak oleh ibu hingga kita meronta-ronta untuk pulang ke kampung. Ini kerana air tangan ibu yang mengeratkan hubungan anak beranak, jadi sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit masa untuk memasak, biar pun ringkas namun ini amat bermakna buat anak dan suami anda. Begitu juga dengan bayi selepas usia enam bulan, sediakan makanan yang dibuat sendiri bukan bijirin yang berupa makanan segera. Percayalah dengan sedikit penat lelah ia akan berbaloi kerana anak-anak akan mengingati anda sebagai seorang ibunya yang terbaik biar pun anda bukan lah tukang masak yang handal.

Anda adalah guru mereka
Ini bukanlah satu kerjaya tapi satu tanggungjawab, menjadi guru bukan harus duduk di meja, memerhatikan kerja si anak semata-mata, ianya boleh dilakukan bila-bila masa sebagai contoh pergi ke zoo, ajar anak tentang haiwan. Pergi ke pasar raya, ajar anak tentang barangan yang berada di sana. Apa sahaja aktiviti anda, libatkan anak-anak bersama agar mereka merasa khidmat diperlukan dan dengan ini hubungan anda akan lebih rapat dan mesra.

5 Kurangkan pemberian bahan kimia
Sememangnya bahan kimia sangat tidak elok bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa juga. Sebagai contoh, anda boleh mulakannya dengan mengurang atau memansuhkan sama sekali makanan rapu kepada anak yang langsung tidak memberi khasiat malah menyumbang kepada pelbagai penyakit. Selain itu, gantikan peralatan botol susu plastic kepada bebas BPA dan menggantikan lampin pakai buang kepada lampin kain moden. Mungkin agak mahal pada mulanya kerana anda memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli peralatan sebegini namun jika dikira dalam jangka masa panjang, ia boleh digunakan berulang kali dan untuk anak-anak seterusnya, anda sebenarnya banyak berjimat dan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

6 Berdoalah
Selepas waktu sembahyang pada, berdoalah untuk kesejahteraan anak-anak terutamanya ketika si anak tidur, usaplah rambutnya, bacalah Ya Latif.. Ya latif. Selepas berusaha, tawakal adalah sebaiknya. Banyak cara pendidikan anak-anak termasuk gaya Pendidikan bangsa Eropah, bangsa Cina dan sebagainya namun ternyata Pendidikan mengikut cara Rasulullah adalah yang terbaik iaitu:
·         7 tahun pertama (bayi, kanak-kanak): adalah waktu memanjakan anak. Tidak dipukul anak-anak waktu ini, berilah sepenuh limpahan kasih sayang. Mencium, memeluk dan sebagainya.
·         7 tahun kedua (kanak-kanak, sebelum remaja): anak 7 tahun ke atas harus dipukul/dijentik/didenda jika tidak bersolat atau melakukan kesalahan.
  • 7 tahun ketiga (remaja): tidak memukul kembali anak waktu ini.Mereka harus didekati sebagai kawan. berkawan lah dengan anak sewaktu zaman ini. selami hati mereka dan mendengar luahan hati anak-anak ini kerana mereka berdarah muda, cepat sensitif dan sukar diramal perangainya.

Warna air kencing... kuning atau sangat kuning?





Air kencing memang akan berubah-ubah. Perubahan air kencing dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang terpenting adalah kadar air dalam tubuh kita. Warna kencing bening memang warna normal. Jika warna berubah menjadi kuning muda atau bahkan menjadi kuning tua itu ertinya bahawa tubuh kita sudah mulai kurang cairan.


Untuk mencegah supaya kencing tidak kuning disarankan meminum air putih minima 8 gelas sehari.Ukuran itu disesuaikan dengan aktiviti kita sehari-hari. Jika memang aktiviti kita cergas, maka keperluan cairan kita juga lebih sehingga kita perlu meminum air lebih dari biasanya. Perubahan warna air kencing itu boleh dijadikan indikasi bahawa tubuh kita perlukan air.


Warna air kencing ada yang bening tidak berwarna, sedikit menguning, kekuningan, kuning, kuning pekat..


1. Yang bening sekali - anda harus minum air lebih

2. Sedikit menguning - anda sudah meminum air putih secukupnya

3. Kuning sekali – bermakna anda jarang minum air putih (dehidrasi)

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
oleh itu minum la air masak selebih lebihnya untuk mengelakkan dehidrasi atau kulit kering :)
Sumber : http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2012/03/makna-di-sebalik-warna-air-kencing.html

Wednesday 16 May 2012

Enervon C - Supplement for energy?


Last week, sakit tekak. doc bg ubat dan juga Vitamin C iaitu Enervon. 
Nak abehkan 10 biji yg doc bg ni. Apakah perubahannya kan? So ini lah rupanya Enervon tu.

Ada pendapat kata (sumber  http://lulabeestrawberry.blogspot.com/2012/04/enervon-c-review.html )
sebelum guna:


balik kerja terus tido. dekat tempat kerja alwayssss like ALLLLWAYYSS menguap. selalu mengadu mengantuk, letih dan penat. kalau tak percaya tanya pharmacist aku. dan kalau dapat off day tu kalau boleh nak tido sepanjang hari. se ri ous ly -___-"


selepas guna:
tak pernah lagi mengadu penat dan letih and sangat sangat jarang mengantuk kat tempat kerja. unless malam tu aku memang tak boleh tidur or etc. balik kerja i can do lotsa work. cuci baju, lipat baju, masak, online, mandi, makan, chit chatting and stuffs. jadi obviously saya boleh manfaatkan segala masa yang ada. sambil taip ni pun saya rasa semangat gila.

For me... just trying 1st. 

Tuesday 15 May 2012

"bite nails" or gigit kuku!

Lately ni I noticed that Amsyar pun dah terikut2 kakak dengan tabiat menggigit kuku! 
Aduhai... hard to halang dia.. hishhh... comot la!




Semua orang mempunyai anak. Tetapi kalau anda semua perasan mesti dikalangan anak-anak kita ada yang mengigit kuku. Emm mengigit kuku bukan sahaja dilakukan oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Tetapi berhati-hati bagi anak anda yang suka mengigit kuku. Menurut satu artikel yg saya baca iaitu penelitian yg dilakukan oleh di Rusia mengatakan anak-anak kecil yg biasa mengigit kuku boleh menyebabkan menurunkan IQ secara drastik. Contohnya, tangan dan kuku kotor ketika anak2 bermain dgn tanah, cat & debu yg masuk ke dlm kuku akan memperlahankan perkembangan anak & boleh merosakkan sistem saraf.
Biasakan anak2 anda mencuci tangan dengan sabun & tabiat mengigit kuku juga boleh membuatkan tubuh tdk sihat dan kuku tdk cantik.
Di bawah ini disenaraikan idea lawak untuk penggigit kuku! 
Gigit kuku tak? Suka tak? krek krek krek puih ludah. Apa yang bestnya gigit kuku ni? Ada kelebihan ke orang gigit kuku ni? Bukan kotor ke? Ok jom layan.
1)Terselamat ketika perhimpunan sekolah.
WAKTU TIME MASA perhimpunan yang penuh dengan spot check dari rambut ke kaki. Masing2 dah kelam kabut rambut kuku stoking tie semua lah. Tapi bab kuku orang yan gigit kuku ni cool je. Takda ayat “weyh ko ade pengetip kuku tak??” dalam kamus hidup die.
2)Tiger claw dalam genggaman
Yeah salah satu kelebihan orang yang gigit kuku ni. Kalau bergelut ke btengkar dengan adik2 (time kecik) tiger claw milik mereka. Cuba kuku panjang korang cakar tangan korang rasa macam takut2 nanti patah pulak kan? Tapi cuba korang cakar lepas gigit kuku tu. Boleh berdarah beb. hahahah
3)Nampak comel ketika gigit kuku
Ok ni bukan eman cakap eh ni dari Ann kawan twitter eman sendiri yang cakap ha tengok tweet dia.Comel kan kan kan?Siapa rasa mereka comel KETIKA WAKTU TIME GIGIT KUKU?
4) Garu menjadi lagi sedap
Nyamuk pepijat kutu semua tolak tepi bak datang sapa nak gigit. Setiap garu yang dilakukan para penggigit kuku ni lebih indah dan terasa garu2nya. Tiada lagi “alaahhhhhh” “ishhhhhh” ketika garu anggota yang gatal.
5)Tak risau.
“eh mane pengetip kuku?” “Mana pengetip kuku ni!!!” “woiii aku cakap mane pengetip kuku” Ali menjawab sambil gigit kuku dengan gaya comelnya angkat bahu ” tak tau”
6) Menguji kekuatan gigi.
Idea ni disumbangkan si arep ni. Ha betul jugak dalam kesibukan harian yang terlampau ktia terlupa untuk menguji gigi ktia sendiri. Tak gitu? haha Dengan gigit kuku ini terbuktilah gigi kita masih handal mengetip di hujung2 kuku.
ramai rupanya yang tak puas hati dengan pengigit kuku sejati ni. Ada banyak sebab gigit kuku ni ada yang kata tiada keyakinan diri. Ada yang cakap dah habit dari kecil. Apa2 pun semua orang ada bad habit tak gitu? 

Forgiveness is the greatest gift




Why is it so difficult for us to forgive others? 



Why do we find it so hard to let go?

Sometimes, even years after a certain incident; 



sometimes, even after they have apologized; 

sometimes, when they have hurt you unknowingly 
and have no idea that you are struggling to forgive 
them.


Why?

Because we are usually under the misconception t



hat we will be doing them a favor by forgiving them.

When we forgive someone, we actually do ourselves 



huge favor because through forgiveness.

We release all the negative thoughts, emotions and 



energies that we are so desperately holding onto in 

our anger.


Replaying the moment again and again in our mind, 



torturing ourselves in so many ways.

It hurts us more than them, when we don't forgive.

We find it hard to forgive because we think we are 



n the more powerful position when we hold back 

forgiveness. 


Actually we are the weak ones, if that's the kind 



of power we rely on to give us strength.

We are also not able to forgive because we take 



everything so personally.

Not everything another person does is done with 



the conscious intention of hurting you.

Sometimes they are just trying to protect 



themselves and that's the best  they know how 

to protect themselves.


Haven't you heard of the saying 
'The Best Defense is Offense'? 


We need to give allowance to others for their 


insecurities and their imperfections without 

taking things personally.



So even if you do it for the most selfish of 



reasons, go ahead and forgive.

First, forgive yourself for holding onto the 



grudge for as long as you did.

Then, forgive the other person.

Finally, be proud of yourself.

Facts of smiling :)





  • Making us attractive
  • Changing mood
  • Reducing stress
  • Improving the immune system
  • Reducing the blood pressure
  • Natural drug and medications
  • Making beautiful and looking younger
  • Looking confident and successful
  • Helps to stay positive
  • Reflecting caring to others
  • Linking with heart and wisdom
  • Smiling is FUNNY!
  


P/s: Keep smiling and stay happy. :)

Life is not hard

Life is not hard and there is no such thing as a bad day. Every day is a beautiful day some are more outstanding then others. We all have many challenges in life and if we face and meet all of our challenges, we do not have any problems. Life is just that simple but you cannot be lazy, you cannot feel sorry for yourself, and you cannot complain. Never make excuses for yourself and for other people, excuses are only lies. If you know to always do right, do it and you will never go wrong. You are only fooling yourself if you are not being true to yourself. Never take life for granted ~♥~ Lee Held

Monday 14 May 2012

Our Activities during 2D2N in Opah's house

we had enjoyed here to be with greatest opah
Some activities we did with mak (or opah)



 Laundry time


 Lunch menu with mak (udang goreng tepung, sup ayam for her cucus, pecal (x sempat snap)
and surprise frommy SIL is Udang Galah masak kari! beso gilest udang2 tuuu..

 Lipat kain time





 Main dan mandi kolam kecik depan umah opah

 Jahitkan baju my sisters... tgh mlm ni tauuuu huhuu

 Pagi  Ahad,13 May ni plak, Amsyar sibuk nak susu! atas tangga pun 'port best' eh?

Pity Amsyar...  tired tau kejo diorang niii

 Kak Mia n Amca main buaian atok

 Cik Liha n Amca tunggu turn nak kejo orang!

Sampai umah di PA dah jam10.45pm slept already! hahahaa