Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 21 May 2013

Cara Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas



Cara Hilangkan Kepanasan
Tentu semua merasai bahang kepanasan yang melanda Malaysia sekarang. Suhu yang mencecah 36-38 darjah celcius setiap hari bukan sahaja boleh menyebabkan kita mudah dijangkiti batuk dan selsema, malah mudah mengalami sakit kepala. Berikut disenaraikan beberapa tips untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas.

1. Banyak minum air putih
Minum air putih merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan  ketika cuaca panas. Malah, pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar minum air sebelum mula berasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini bawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk kita ingat dan minum setiap kali perlu.

2. Makan yogurt
Selain kaya dengan kalsium dan probiotik yang baik untuk usus dan sistem penghadaman, yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan.

3. Ambil buah-buahan yang mengandungi banyak air
Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air ataupun tembikai susu (honeydew), betik  yang mengandungi 91% air dan juga nenas yang mengandungi 84% air.  Kesemua buah-buahan tempatan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah didapatkan dengan harga yang berpatutan.

4. Ambil sayur-sayuran yang mengandungi banyak air
Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Sayur-sayuran ini bukan sahaja boleh menyejukkan badan malah ia sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

5. Salad   
Juga digalakkan mengambil salad sebagai menu ketika cuaca panas untuk tujuan menyejukkan badan. Tetapi pengambilan mayonis yang dicampurkan ketika makan bersama salad perlu berpada-pada.

6. Minuman sejuk
Boleh juga minum minuman sejuk seperti Lai chi kang, bandung cincau dan pelbagai jenis minuman sejuk yang lain.

7. Minum jus buah-buahan
Banyakkan minum jus buah-buahan yang asli. Seperti jus tropika, jus nenas tembikai atau jus pegaga. Elakkan dari menambah kandungan gula kerana buah-buahan sememangnya mengandungi kandungan gula yang lengkap untuk tubuh badan. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi 


Tips ketika Cuaca Panas Melampau


Tips Kesihatan ketika Cuaca Panas Melampau. Info Kesihatan ini adalah panduan 
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Kesihatan Alam Sekitar. 
Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. 
Namun beberapa minggu ni, bahang panas agak melampau
mungkin disebabkan Letupan Partikel Radiasi Korona pada awal Mac baru-baru ni, 
Wallahu’alam bissawab.  
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, cuma sakit-sakit biasa saja yang dialami. 
Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang 
kepada peningkatan serangan penyakit. Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi 
oleh keadaan cuaca harian. sumbermyhealth.gov.my

Tips ketika Cuaca Panas Melampau

Kesan kesihatan dan risiko disebabkan cuaca panas melampau

Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
Strok akibat dari panas (heat stroke)

Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan cuaca panas terik

Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas.
 Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai 
bergantung kepada situasi atau keadaan sesuatu masalah itu. 
Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi ialah
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Tips dan Cara mencegah risiko dan bahaya akibat cuaca panas melampau.
 Mencegah adalah baik daripada mengubati
Terutamanya untuk mereka yang berisiko tinggi, adalah dinasihatkan untuk berhati-hati 
dalam keadaan cuaca panas. 
Di bawah adalah tip–tip pencegahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tips ketika Cuaca Panas Melampau, perlulah

  1. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. 
  2.       Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  3. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam 
  4.       dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  5. Berada di dalam rumah/bangunan
  6. Hadkan aktiviti luar
  7. Berehat dengan kerap
  8. Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  9. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  10. Pakai topi atau payung yang besar

Tips ketika Cuaca Panas Melampau, elakkan

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.  
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di: 
Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-88836481


Hootoh Blog By Hootoh Tudia 

Faiq Adnan berjaya rentasi Selat Penang !!!

Alhamdulillah... mendapat liputan meluas di sana sini.

Kami bangga dengan Faiq Adnan

Dalam perjalanan balik ke Shah Alam, kami mendapat berita di dalam FB & Twitter.
Di bawah ni antara beberapa news yang keluar :)





Outstation in Penang for another CR event

18hb Mei 2013, Sabtu...
Lepas berkemas2 dan menikmati sarapan pagi, my husband hantar ke ofis. Kali ni kami bertugas seramai 5 orang dengan menaiki van syarikat.

 
 Amsyar & Amira yang bakal ditinggalkan sementara... rindu anak2 ibu :(
 
 
 
 Kami ber5 yang dalam perjalanan ke Penang
 Acara wajib Ed, bila masuk je terowong Menora ni, dia akan ikut aksi Amy Mastura dalam citer 'Tol Gate Girl" ......................... Makkkk! Konah balik mak! hahahaaa

Perjalanan yang panjang membuatkan ku mengambil gambar sana sini... hhahah


Sampai di R&R Bagan Ajam pukul 5pm
briefing session
Ed & Muzammill pasang banner

Selesai briefing, kami menaiki feri ke Pulau untuk check in Hotel di sana





















 Dah sampai!
 
 
 Bangunan cantik2 la kat sini :)
 
 
Registration ...

Lepas hantar barang2 kat dalam bilik, kami terus g dinner kat Gurvey Drive Hawker Centre 
Asalnya nak g Padang Kota Lama tapi jalan ditutup, ada FRU dah bersedia 
untuk mengawal keadaan dimana Perhiumpunan dijangka diadakan malam tu
 Pekena Passembor



Sotong Bakar!


Kemudian balik hotel untuk brief kat CFO & Hamizan for tomorrow event.
Settle dalam kol 10.00pm terus naik atas, mandi dan berehat seketika.

Jam 12.00 malam, Muzammil ajak g Pekena NAsi Kandar Beratur

Memang terbukti sedap giler! Dipanggil Nasi Kandar Beratur sebab ramai orang 
Nasi kandar bersama 2 sotong, telur sotong dan bendi... sedap giler
Ini pulak, chapati daging cincang utk breakfast! mmg meletup! sedap giler

Then... bergerak ke PPC North Point untuk Flag Off






 
 
 
 
 

Sangkar sdg dipasang supaya mengelakkan disengat Obor-obor
Faiq bersama kembarnya Faiz!
Warm up dulu








 Kami menyambut Faiq dengan meriahnya di pantai Bagan Ajam







 Congrats Faiq!
Faiq with his parent
 See my flat shoes.... huhuhu
Then, selesai semua, kami pun balik ke Pulau, otw to singah minum petang di foodcourt Padang Kota Lama!
 Lai Ci Kang
Sotong Kangkung
Sotong Bakar
Cendol Pulut
Kerang bakar

View from our hotel... check out time



Otw back singgah Jeruk Madu Pak Ali
Pastu g pekene Nasi Kandar Line Clear pulak!






Heading back to Shah Alam
Sampai rumah jam 11.00pm