Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 19 March 2013

Shah Alam - Johor - Shah Alam (16 hours working on sunday)

Tugasan CSR (ala2 kerja kebajikan la ni...)
5.00am bergerak dari Glenmarie, Shah Alam
7.30am stop for breakfast
8.00am berkumpul di Plaza Tol Yong Peng (Utara)
bergerak ke sekolah pertama di Cantuman Chaah
sumbangan Pendidikan bagi pelajar2 cemerlang UPSR







11.00am selesai 
bergerak ke Kolam Air Panas
berhenti seketika untuk menikmati durian kampung!


Kolam luar untuk mandi
 kolam ni dalam bilik bertutup, berasingan lelaki dan perempuan :)

 Selesai berehat, kemudian bergerak ke Ladang Voules

 our VIP, Yang berhormat Datuk Chua Tee Yong, ADUN Labis... 
so young like student form 5 kan?





 Selesai majlis, jam 4 pm bergerak balik ke Shah Alam...

Tapi singgah solat di Hentian Restoran Jejantas Ayer Keroh

dan shopping jeruk!




sampai kat umah jam 10pm ....  i'm so tired!

Thursday 14 March 2013

IQ atau EQ?


from http://www.wardinasafiyyah.com/penulisan/psikologi-a-cinta/60-iq-atau-eq

Alkisah seorang pelajar yang sentiasa mendapat A, kemudian pada suatu hari mendapat satu huruf yang tidak diduga di atas kertas periksa.. Tertera huruf B besar berwarna merah di sebelah kanan kertas jawapannya. Anak muda bijak ini tidak mampu mengawal diri, amat marah, kecewa dan luka. Marahnya ditujukan kepada guru yang memeriksa kertas periksanya. Kerana terlalu marah tayar guru dipancitkan dan dicalar keretanya. Nah persoalannya, bijak kah anak ini?
Bijak yang tidak berapa bijak mungkin? Ya pastinya bijak dari segi IQ nya. Jika tidak, tak mungkin deretan A itu menjadi biasa bagi dirinya. Tetapi malangnya anak muda ini tidak bijak dalam satu lagi komponen yang amat penting bagi diri seseorang yang bergelar manusia. Komponen itulah yng dinamakan dengan kemahiran emosi atau Emotional Quotient (EQ). Ya ramai remaja dan orang dewasa tidak memiliki, tidak juga diajar dan tidak begitu ambil peduli dengan kemahiran emosi. Maka lahirlah generasi yang sering resah, gelisah, sedih, kecewa, marah, berdendam dan sebagainya. Kemudiannya ini akan melarat kepada perbuatan mencederakan diri seperti bunuh diri dan mencederakan orang lain.
Di dalam zaman dan suasana dimana faktor IQ dan A itu amat dititikberatkan ,seseolahnya itulah penentu kejayaan individu, ironinya seorang yang memiliki IQ yang tinggi tidak semestinya akan berjaya dalam hidup kerana menurut kajian, IQ hanya mempengaruhi 6-20% keberhasilan manusia, sebaliknya 80% daripada kejayaan seseorang ditentukan oleh EQ kita. Daniel Goleman berpendapat bahawa EQ adalah kunci kejayaan kerana ianya membawa kita kepada penggunaan intelek dengan sihat. Emosi itu dari hati, dan hati itu kunci dan raja. Elok hati eloklah segalanya. Intelek itu dari akal, memberi rasional kepada pelbagai perkara dalam kehidupan. Adakalanya akal kita berkata lain dan hati kita pula membisikkan sesuatu yang berbeza. Adakalanya kita berkata pada diri ‘ok’ tetapi perasaan dan air mata tetap keluar. IQ dan EQ iaitu intelek dan emosi akan dicampuradukkan senantiasa sepanjang hidup kita.
Komponen EQ tidak dapat kita ukur dengan kertas, pen dan tidak pula dapat kita berikan gred A, B, C atau D mahupun F. Ngerinya jika difikirkan kalaulah sekiranya anda terpaksa menduduki perperiksaan EQ bagaimana agaknya gred kita? Begini para pembaca. Secara rambang dalam kepala cuba anda bertanya pada diri samada anda boleh:-
memotivasikan diri sendiri?
Bangun dari kekecewaan?
• mengawal diri dan mood dari terlalu marah, sedih dan kecewa?
bijak mengawal stress dan tekanan?
merasa empati pada orang lain ?

Emosi ini sesuatu yang sangat kompleks. Emosi terdiri dari berbagai komponen berbeza yang saling mempengaruhi sesama sendiri. Emosi mempengaruhi keadaan fizikal dan mental seseorang. Bila kita sedih contohnya motivasi kita akan menurun, bila kita gembira dopamine dan serotonin di dalam otak meningkat dan ini memberi kita lebih motivasi untuk melakukan sesuatu.

[ Gambar hiasan ]

Keperluan emosi meningkat sewaktu kita di alam remaja. Berikan perhatian kepada emosi mu dan bukan hanya kepada buku teks itu. Ibu bapa berbual lah mengenai emosi dan perasaan. Bantulah anak-anak muda ini mengawal dan mengenali emosi diri. Ingat manusia itu bukan hanya telinga, mulut dan hidungnya tetapi manusia itu terdiri dari hati, akal, perasaan dan nafsunya.
Bagaimana kita menguruskan emosi banyak bergantung kepada faktor persekitaran dan pembelajaran. Kita melihat bagaimana orang dewasa di rumah kita contohnya ibu dan ayah kita menguruskan emosi mereka. Kita banyak belajar dari sana. Tetapi sekiranya kita sekarang sedar bahawa cara ibu dan ayah tidak berapa tepat dan baik, maka kita perlu bangun dan mencari ilmu supaya kita lebih bijak mengenali diri dan mengawal emosi. Ini amat penting dan akan menentukan kebahagian juga kejayaan anda kelak di masa hadapan baik dalam kerjaya, perhubungan sesama manusia dan keluarga. Kebanyakan kita dalam sibuk mengajar material dunia lupa kepada pentingnya ilmu menguruskan emosi. Tetapi kata guru saya yang tercinta “Wardina, sekiranya kita ini Mu’min, kita tak akan rasa terlau sedih, terlalu kecewa, terlalu marah…” Dan ini hanya akan terjadi sekiranya kita dekat dengan Al-Quran dan IKHLAS dalam apa yang kita lakukan. Ingat ya sedih tidak mengapa, marah juga tidak mengapa tetapi seperti kata Aristotle :
“Semua orang boleh marah-marah itu mudah. Tetapi untuk marah kepada orang yang betul, dengan kadar yang betul, pada masa yang betul, kerana sebab yang betul dan dengan cara yang betul-itu tidak mudah”


Para pembaca, mengawal emosi bererti kita boleh mengawal perasaan ketika terjadinya perkara positif DAN negatif pada diri. Itulah sabar. Dan sahabat baik kepada sabar adalah syukur. Orang yang bersyukur akan pasti sabar dan mereka yang sabar itu InsyaAllah adalah orang-orang yang selalu bersyukur dengan apa yang ada. Akhir kata, mengawal emosi dan kecerdasan emosi atau kemahiran emosi tidak boleh dipisahkan dengan satu lagi kemahiran yang sering dipandang sipi-sipi. Kerana tiada kemahiran inilah masyarakat dan manusia lompang, rosak dan tenat keadaannya. Kemahiran Spiritual yang Alhamdulillah telah memberikan saya sinar baru dalam hidup.
Untuk menyimpulkan perbincangan ini, secara ringkas kemahiran emosi menuntut kita untuk  :
1. Mengenali emosi diri sendiri -. Teringat kata-kata ini, “Siapa Kenal Diri Maka Dia Kenal Tuhan”
2. Mengurus emosi dengan baik -Orang yang sering stress dan terlalu sedih tidak pandai mengurus emosinya. (Jangan bimbang kita boleh belajar)
3. Memberi motivasi kepada diri – Apabila kita jatuh kita perlu bangun kembali dan tidak berputus asa
4. Mengenali emosi dalam diri orang lain – empati dan simpati dengan orang lain, tidak menyakiti orang lain. Takutnya kerana zaman ini zaman fitnah manusia sudah tidak peduli lagi, menyakiti orang lain menjadi biasa.
5. Mempunyai kemahiran dan kepekaan sosial - seperti boleh mengawal dan mengekalkan perhubungan
"Emotional Intelligence is a way of recognizing, understanding, and choosing how we think, feel, and act. It shapes our interactions with others and our understanding of ourselves. It defines how and what we learn; it allows us to set priorities; it determines the majority of our daily actions. Research suggests it is responsible for as much as 80% of the "success" in our lives." --From Handle With Care: Emotional Intelligence Activity Book

Apakah kaitan stres dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja ?


Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.
Apakah kaitan stres dan tingkah laku kanak-kanak dan remaja ?
Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).

Apakah punca-punca stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?
Punca-punca stress di kalangan kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:-
Peribadi/diri
  • Meletakkan cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi, mempunyai harga diri yang rendah, kurang yakin pada diri sendiri
  • Takut untuk gagal
  • Perubahan pada tubuh badan akibat  hormon, penyakit atau pemakanan
  • Membandingkan diri dengan orang lain seperti adik-beradik atau rakan
Rumah
  • Konflik antara ibu bapa atau keluarga, perpisahan dengan ibu bapa atau keluarga
  • Perceraian ibu bapa  atau kematian ibu bapa
  • Kelahiran adik baru
  • Berpindah rumah baru
  • Mengalami penderaan dan pengabaian
Sekolah
  • Bertukar sekolah
  • Dihukum guru atau dipersendakan rakan di sekolah
  • Berkelahi dengan rakan-rakan
  • Dibuli rakan
Persekitaran Sosial
  • Kekurangan dari segi sosio-ekonomi (tempat tinggal sempit, tiada tempat permainan, tiada sistem pembetungan, air dan elektrik)
  • Persekitaran dan kejiranan yang kurang selamat (ketagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, pelacuran).
Bagaimana stres boleh mempengaruhi kanak-kanak/remaja?
Secara positif:
Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.
Secara negatif:
Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
  • Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.
  • Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
  • Kesan tingkah laku adalah seperti  enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.
Apakah gejala stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?
Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja.  Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka.

Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda –tanda seperti :
  • memencilkan diri
  • sikap tidak mempercayai sesiapa
  • tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan
  • bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan
  • panas baran
  • mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan
Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:
  • bimbang tentang masa depan
  • mengadu sakit kepala
  • mengalami masalah tidur
  • hilang selera makan
  • kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah
  • kencing malam
Bagi remaja pula, mereka boleh  mengalami:  
  • rasa marah dan kecewa,
  • sering risau tentang masa hadapan
  • kurang keyakinan diri dan rasa tidak percaya terhadap orang dewasa.
  • tidak mampu untuk membuat keputusan
  • lemah daya tumpuan, daya ingatan dan perhatian kurang
  • mengalami mimpi buruk
  • berfikiran negatif serta mudah putus asa
  • merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri
  • sukar tidur
  • keras kepala atau degil
Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku aggresif atau depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang ‘menentang’ orang lain atau pun tingkah laku yang berisiko tinggi seperti membuli, berbohong, memusnahkan harta benda, mengambil dadah, mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.
Bagaimana mengatasi stres di kalangan kanak-kanak dan remaja ?
Stres boleh di atasi. Kanak-kanak dan remaja perlu mempelajari cara-cara untuk mengatasinya agar hidup mereka lebih sihat dan terlindung daripada tingkah laku negatif yang akan menyusahkan hidup mereka.
Cara-caranya ialah:
  1. Kenal pasti tanda-tanda stres .
  2. Menyukai/menyayangi diri sendiri supaya kita dapat merasa tenang
  3. Lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri (jangan meniru/mengikut orang lain untuk menunjukkan kita hebat)
  4. Cuba menerima apa yang kita tidak dapat ubah dan jangan risau tetang kekurangan yang ada
  5. Berkongsi masalah dengan keluarga, kawan-kawan atau guru kaunseling.  Mereka boleh memberikan bantuan pendapat dan cadangan supaya kita boleh membuat keputusan dengan lebih baik dan berkesan.
  6. Berfikiran positif.  Nyatakan saya boleh, saya mampu buat.
  7. Merancang masa dengan bijak
  8. Lakukan aktiviti riadah/bersenam/bermain di masa lapang.
  9. Bersikap asertif/tegas diri – berani berkata “TIDAK”.
  10. Tetapkan matlamat yang realistik/boleh dicapai.
  11. Beribadat/mengerjakan solat dan berdoa kepada Allah – ini boleh mententeramkan diri
  12. JANGAN MEROKOK ATAU MENGAMBIL DADAH UNTUK MELEGAKAN STRES.  IA TIDAK DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH DAN HANYA AKAN MENJADIKAN MASALAH KITA BERTAMBAH BURUK.
Sumber: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/index.php/en/01kesihatan-mental0102mental-health02/01kesihatan-mental-remaja0102mental-health-for-teenagers02/01masalah-kesihatan-mental-remaja0102mental-health-problems-for-teenagers02/stres-a-tingkah-laku-berisiko

Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki?

Sharing info ...
kadang2 kekhilafan kita sebagai isteri,... kita melakukan desakan terhadap suami tanpa kita sedari.
peringatan buat diri sendiri juga... 

Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki? 
Dalam kebanyakan kes, isteri cuba mengubah perangai suaminya kerana kelemahan suami itu mendatangkan masalah dalam hidupnya dan mengagalkan harapannya untuk mendapatkan sesuatu. Sekiranya suaminya berubah perangai, isteri itu yakin bahawa keadaan rumahtangga akan menjadi bertambah baik. 

Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya. 

Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya. 

Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan 
berdiplomasi

Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri. 

Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk
menerima suaminya dengan keadaan sedemikian. 

Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan. 

Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut: 

1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan. 

Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba 
mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri, tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan. Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat. 

2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta. 

Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah. 

3. Ia boleh menyebabkan suami menentang. 

Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya. 

4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan. 

Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri 
untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.


Source : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=24459

Monday 11 March 2013

Aktiviti hujung minggu balik Melaka

Jumaat, 8 March... jam 8.30pm kami bergerak balik ke Melaka.
Perjalanan yang lancar, namun disebabkan kami sangat keletihan dan mengantuk
sepatutnya boleh sampai kg dalam jam 11.30pm tapi kami sampai jam 1.30am!
Bukan kerana trafik yang sesak tetapi kerana kami kerap berhenti tidur di beberapa hentian R&R, boleh?
hahahaa... sian hubby, sorry la, x dpt nak membantu. saya sungguh letih... kerja kerja kerja!

Macam biasa, dah berada di Melaka... aktiviti suri rumah,
masak, mandikan mak, siapkan pakai pampers,baju dan tukar cadar.
Hubby bagi mak makan ubat... bila mak dah selesai semuanya, urut kaki mak pula.
Sian mak,mesti mak bosan. Tapi mungkin ada hikmah semua ni.
Moga mak sabar menghadapi dugaan ini.

 Aksi Amira dan Amsyar keletihan tp gigih nak tgk citer Tom & Jerry!
 Percubaan buat kan amira... Omellette Spagheti
 Kakak study dlm bilik mak, tp ibu kacau pakaikan tudung! hahaha
 G singgah Restoran Mancongkam, Gombak dengan Ed last week
 Breakfast bekalan di suatu pagi
 bubur pulut hitam hasil buatan Kak Long
 breakfast di pagi hari yang berlainan hahaha
 tgh panas2, tiba hujan lebat di kg
 Amsyar kusyuk tgk TV - muka bangun tido!

 Aksi Irfaan, Sofea dan Amsyar... tilam katil mak ni sdg dijemuran
 si encem Naqib
 Perjalanan balik PA yang agak sesak di Seremban
 Ayah ajak makan Pizza Hut di Tesco Extra Shah alam, malam tadi




hawaiian pizza
 tuuu dia gaya abang ngah!
pepperoni pizza
Kakak yg comel hehehe

Wednesday 6 March 2013

Working 7 days a week! I'm so tired!

Agak lama x update blog... quite busy lately ni

Just nak luahkan rasa hiba sangat bila baca berita kematian pahlawan2 kita yang bertugas di Sabah. Moga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah. Amin... Moga ahli keluarga dapat bersabar dengan dugaan ini.
Seriously.. mmg menitiskan air mata tatkala baca berita di Harian Metro,5 Mac 2013 dan gambar2 sekitarnya! terus terbayangkan jika ianya berlaku pada keluarga/orang terdekat dgn kita... Mohon Allah lindungi kita semua.

Almost 2-3 weeks ni saya sangat busy dengan pelbagai tugasan kerja dan rutin di rumah.

Antara programme/aktiviti yang dilakukan :

26hb Februari 2013 - Syarikat menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) yang kali ni dihoskan oleh PUSPAKOM. As a committee, we need to set up everything... And as usual... All pix snaps by me okay!

 Tinted Glass check!
 Board Games with dadu (made by me! yeahhh)
 Coloring contest for kids!
 Games mendapat sambutan!
  
 Sape menang dapat message tshirt (red) 'Brake when it's RED'
 Penat dah! pose wajib wlu dah letih
On stage pun nak jugakkkk! hahaha

Then... Another event is Quality Innovative Creative Circle (QICC) Convention & Appreciation Ceremony 2012/2013
was held at Intekma Resort & Convention Centre on 2nd March 2013.
But... as a event committee, we work overnight till 3.00am! sooooo tireddd!

 They gave me stay at Twin Sharing Apartment - this is living area, view from our room
 When you open a door, you will see this area first! Kitchen on the right side
Perlu naik tangga untuk ke bilik
 1 Queen bed on the right side  - Toilet berada di bawah Aircond tuuu
Another bed is the left side... a wardrobe 

Quite scary to stay here! Maybe this 1st and last time I'm staying here... takuuuuttttt!

And the event day ... I'm as an event photographer! 
(As usual, nobody snaps my pix well... huhuhuuu)

 Congrats to all winners!
 Me tooo! Our Dept achieves GOLD as 5S practice
 
 This is our committee members!

 We got RM350.00!!!! Yeayyy

Another programme... PUSPAKOM Excellence Student Awards 2012 (UPSR)
                      As a token of motivation for students with a minimum of 5 A’s in their UPSR, PUSPAKOM will rewarded each of them with a Certificate of Achievement and cash contribution was held at Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor on 3rd March 2013 (Sunday). As a photographer too! My colleague, Ed and I need to set up our bunting on the stage and giving certificate & cash RM300 to 6 students.





Congrats to all students! Keep up the work!