Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 16 April 2012

mendidik anak-anak...lembut atau garang..mana lebih berkesan??

ibu bapa zaman kini ramai yang mengambil mudah dalam ilmu keibupaan /parenting skill. saya tegaskan di sini JANGAN AMBIL MUDAH DENGAN PARENTING SKILL. sangat-sangat penting dalam mendidik anak-anak. cara didikan itulah yg akan membentuk peribadi anak-anak. ramai ibu bapa yang merungut disebabkan anak-anak yg degil, tak dengar kata dan selalu memberontak tanpa melihat diri sendiri ttg cara didikannya. ada sesetengah ibu bapa yang mendidik anak-anak dengan cara keras dengan memberi alasan itu cara untuk membentuk disiplin anak-anak..wahai para ibu dan bapa......cara anda silap sama skali.......
anak-anak tidak sepatutnya dibentuk dengan cara keras untuk disiplin,dan juga dengan cara pukulan utk mendengar kata tp anak-anak patut dibentuk dengan cara lembut dan tegas...itu yg penting...lembut bkn bermakna anda membiarkan sama sekali anak melakukan kesilapan tanpa teguran..tp tegur secara lembut perlukan kebijaksanaan..jadi mereka yg mendidik anak secara lembut dan tegas anda bijak lah..^_^..



ramai menyangka cara didikan mereka adalah betul...ada satu masalah berlaku, seorang ibu terlalu pening dengan masalah yang berlaku pada anaknya...katanya tak tau mana silapnya anaknya berubah menjadi seorang yang busuk hati, dengki dengan orang lain, memberontak,dan pendendam...sebenarnya silapnya pada didikan dia sendiri...katanya ketika kecil dia mendidik anak-anak dengan cara yg tegas utk disiplin kan mereka....pukul dan marah supaya anak-anak berperangai lebih elok dan terjaga...katanya kalau anak-anak tak dimarahi nanti akan jadi manja, dan terlalu bergantung pada ibu bapa..rotan dan sebat itu penting supaya anak-anak sedar dia melakukan kesilapan....(anda melakukan kesilapan sebenarnya wahai ibu..)..........anak yang masih kecil itu perlu dilentur dengan cara yang lembut...tp tidak lari dari tegasnya..sekiranya anak melakukan kesilapan yang tidak menyenangkan hati, terangkan silap pada anak itu...bkn terus menghukum...anak-anak tidak akan faham kenapa perlu dipukul..dia sendiri yang akan memberontak kerana merasakan dirinya betul dan ibu bapanya yang salah dan jahat kerana memukul..

'' polan....mencuri tu tak baik dan salah...berdosa..Allah marah...ibu ayah pun marah...ibu rotan kamu kerana nak kamu tau yang itu adalah perbuatan yang salah....dan nak kamu tinggalkan perbuatan tu..bla bla bla......tp ini mungkin tindakan yg boleh dilakukan pada anak-anak yang mumaiz dan akil baligh..tp bagi anak-anak di bawah umur 7 tahun, didikan adalah berbeza.......pendidkan awal kanak-kanak bermula sejak anak-anak masih bayi lagi...sekiranya ibu bapa didik anak sejak kecil dengan cara yang lembut, maka hati anak akan terdidik dengan lembut..tp andai dari kecil lagi dah didik dengan cara kasar, tengking, marah2 pukul2..dah besar saya yakin 100% anak tu akan jadi macam tu juga nnt......percayalah...



kes yang kedua berlaku pula di mana pasangan ibu bapa yang terlalu marah dengan tindakan anak lelakinya yang ber'couple' sehingga di kejarnya perempuan yg berkwn dengan anaknya kemudian marah-marah...segala alat yang boleh menjadi tempat mereka berhubung pulak dirampas dan tiada peluang untuk mereka berhubung..tak cukup dgn itu,perempuan tu pula dimaki hamun..dan diberhentikan anaknya dari U supaya mereka tak berjumpa lagi... akhirnya anak-anak sendiri  yang hidup dalam tekanan atas ketegasan ibu bapa yang melampaui batas....saya mengkritik di sini bknlah bermaksud saya menghalalkan perbuatan couple tu, bkn juga menerima cara ibu bapa itu menghalang anaknya dari bercinta..


yang menjadi persoalan adalah cara ibu bapa itu sendiri....kan lebih elok sekiranya perkara ini disiasat dahulu dengan perlahan...cari tau dulu betul atau tak anak mereka sedang bercinta...sekiranya betul-betul confirm anak tu bercinta jgnlah terus diserang anak tu...gunakan lah psikologi dalam bimbingan..tanya pada anak lelaki tu betul atau tak?....kenapa perlu bercinta?....terangkan kenapa couple itu salah....terangkan akibatnya akan perbuatan tu....dan beri anak-anak masa sendiri untuk berfikir...bkn dgn cara paksaan..gunakan kebijaksanaan dalam tindakan...sebagai contoh ;


''sekarang ibu dan ayah nak kamu fikir...kamu tau couple itu salah...kamu tau couple itu haram..tp kamu masih lagi berdegil dgn keputusan ni...kamu rasa yakin akan bahagia dengan hubungan tu smpai akhir hayat ke?...kalau Allah tak redha bahagia nya sekejap shj...sbb tu ada kes bercinta bertahun-tahun tp akhirnya bercerai tak smapai 2 thn kahwin....sbb berkat dalam rumahtangga tu takda sbb dah buat banyak benda haram waktu bercinta....sekarang ibu ayah bagi kamu pilihan,keputusan terletak di tangan kamu sendiri.....nak bahagia sementara?...atau bahagia berkekalan?...kalau nakkan bahagia yang berkekalan tunggu masa yang sesuai....dan bernikahla terus...insyaAllah kamu akan dapat bahagia tu dsbkan keberkatan yg Allah bagi...ibu ayah doakan yang terbaik dalam hidup kamu...kamu dah besar, dan buat keputusan itu sendiri.."


dengan cara begini saya yakin...anak-anak akan berfikir....dia akn buat keputusan dengan cara matang...bodohnya tindakan memaksa tu takkan dapat memberi kesan yang baik pada hidup anak-anak..walaupun akhirnya ibu bapa berjaya 'memisahkan' anak tu dari kegiatan bercouple tp tidak mustahil dia akan melakukannya dgn cara yang lebih agresif, bercinta secara sembunyi, kahwin lari....itu mungkin kesan jangka pendek...bagaimana dengan kesan jangka panjang??...itu adalah contoh yang dapat diambil daripada cerita tersebut..banyaknya konflik jiwa yang berlaku ke atas diri anak itu perlu ditangani secara bijaksana oleh kedua ibu bapa itu sendiri..janganlah bertindak melulu tanpa memikirkan kesan dan akibatnya ke atas hidup anak di masa hadapan...

sedarkah anda sedang membentuk anak-anak agar menjadi seorang pendendam !!..dendam itulah yg akan memakan diri anda sendiri...itu juga yg mungkin akan terjadi kes anak pnggirkan ibu bapa, anak tak balik-balik rumah dah lama..balik rumah setahun skali je...raya br jejak rumah..ada juga yang tak pernah-pernah jejak rumah mcm mak ayah dah takda dalam hidup dia..dan sebagainya....kesannya buruk...kesannya pada pembentukan peribadi dan akhlak anak-anak itu sendiri...didikan itu perlukan kesabaran....memang mendidik anak-anak itu payah, tp anak-anak itu amanah dari Allah
sumber : http://lakaranpencinta.blogspot.com/2010/10/medidik-anak-anaklembut-atau-garangmana.html

No comments:

Post a Comment